Saturday, December 22, 2012

Lemah

Saya agak lemah sejak dua menjak ni, lemah badan lemah hati dan paling worst lemah dari segi mental... sebulan dua ni, macam ada batu keras kat kepala ni yang belum pecah habis lagik.. Lepas satu satu benda jadik dan saya cuba sedaya upaya nak uruskan segala hal ni dengan baik. Perkara pertama yang saya nak settlekan adalah mental saya sendiri heheheh.. tersangatla down.. saya cuba berlagak seperti biasa tapi kekadang tu goyang gak, saya cuba sebukkan diri, saya dekatkan lagi diri saya dengan keluarga saya.. mak abah suami dan Mia, dan kepadaNya juga saya minta petunjuk.

Lepas apa yang jadi, saya cuba untuk menjadi lebih positif dan matang dalam segala hal, saya cuba untuk berfikir dengan lebih rasional. Tuhan nak duga maka saya kene terima dengan hati yang terbuka. Pengalaman yang saya terima ini sangat berharga dan saya anggap nya adlaah sebahagian asam garam kehidupan. Pengalaman yang saya terima ni pun akan membantu saya untuk tidak lalai dan leka dalam segala hal, belajar kenal hati seseorang, belajar untuk kenal siapa kawan ketawa dan siapa kawan menangis.


Harapan saya jika saya diberikan keizinan untuk bernafas lagi, diharap tahun 2013 dapat memberikan satu cerita menarik dalam kehidupan saya dan saya takkan pandang ke belakang lagik, saya akan pandang ke depan, apa yang saya patut pikirkan sekarang, bagaimana nak menjadik individu yang lebih baik... untuk diri sendiri untuk keluarga dan untuk masyarakat. Selamat tinggal 2012 dan Selamat Datang 2013 :)

Tuesday, October 23, 2012

AES

Apa tu AES?? Automated Enforcement System. cewaahh macam hebat-hebat je kan.. Saya bukanla pemandu F1 so takdela risau sangat pasal kalau-kalau saya kena 'tembak' dek AES ni. ( Tapi saya penah kene saman pasal bawa laju hingga 112km kat PLUS Highway Batu Pahat on the way balik KL...bolee..?)
Memula saya tahu pasal AES ni dari Anis, masa kami on balik dari bawa Azza lunch kat Nilai. saya duduk kat co-driver kereta Anis.. tetiba masa kat area Kajang sebelum exit ke Kajang tu ada macam flash flash lampu dari sebelah kiri saya.. uikk!! ada orang amik gamba aku ke? perasannn..tapi bila Anis cakap tu adalah AES system, untuk amik gamba kereta yang bawa laju..baru saya paham.
Ok..ada satu benda best yang saya nak share dengan korang pasal satu application khas untuk detect kat mana dorang letak AES. Saya dah pun cuba semalam dan memangla sangat bessttt... nama nya adalah "AES Detector", so masa balik dari Bangi lepas tengok adik kecik saya konvo, kami ni mengadala nak lalu PLUS Highway tu kan.. padahal bole je lalu jalan lain balik ke rumah.


AES Detector ni satu application yang boleh detect AES ni sejauh 1000 meter. so dalam lingkungan sekilometer tu mende ni akan bunyi dan warning kita untuk slow kan kereta, siap tulis berapa speed limit kat area tu. Semakin dekat semakin dia berbunyi dan bagitahu berapa meter lagik. Masa sampai betul betul kat AES tu kan.. saya tengok kelajuan kereta saya dalam 70km, tapi sebab kereta kat lane laju tu lebih dari had yang dibenarkan so dengan kami-kami ada dalam gambar tu nanti..heheh harap-harap tak kenelah kan..TAPI kalau keneeeee!!!!!!
OK kalau nak guna AES detector ni, korang kene ON kan GPS korang baru boleh guna. BUKAN GPS device lain, AES device lain tau.. tapi satu devices tu ada GPS dan AES system, kedua-dua ni akan menolong satu sama lain untuk kesan kat mana AES ni berada.. hehhe


Terima kasih kepada seseorang kerana buat application ni dengan jayanya.. seriuss superb!!! tapikan kalau GPS ngeng...memang susah sikitlah nak detect mende tu, ada sorang tu cakap application ni memang best tapi sebab GPS dia mereng so bila dah terlepas barulah AES detector ni dapat detect, kira terkebelakang la plak kan.. tak taula dia kene saman ke tak, takde plak dia cerita.
Saya ni bukanla reti sangat nak cerita pasal AES ni kan.. so kalau nak tahu details dan nak tahu kat mana lokasi AES ni..sila la ke paultan nye website yek.
Sesapa yang berkenan tu sila la download mende ni.. setakat ni masih free, taktaula kalau kalau lepas ni dia charge ke kan..
Ok tu je, bye!

Saturday, October 20, 2012

Mia dan lelah

Mia sebelum umur dia setahun, takde lah plak nampak dia ada penykit Lelah tapi lepas nak dekat setahun tu saya perasan kalau dia tido, nafas dia berbunyi macam berkahak, dan dia rajin batuk batuk terutamanya waktu pagi dan malam-malam masa tido.Setiap kali jumpa doktor kat klinik -klinik biasa saya akan minta doktor check kot kot dia ada ciri-ciri nak dapat lelah, tapi everytime doktor check, mesti doktor cakap paru-paru dia ok..

Saya tak puas hati so saya nekad nak tanya terus ke doktor pakar. Masa saya dan suami bawa Mia ke Colombia Hospital untuk dapatkan phemococol injection yang ke 3 kali ( masa tu Mia dah setahun) , saya ada bagitahu doktor apa yang saya risaukan pasal anak saya seketul ni, so doktor ni check paru-paru Mia dan setakat yang dia check..dia cakap paru-paru Mia ok takde masalah, Doktor Pediatrik tu kalau tak silap nama doktor tu Dr.Mohan dia ade la bagi penerangan pasal penyakit lelah ni pada kami, antara punca anak-anak dapat lelah adalah faktor genetik, kalau ikutkan.. antara saya dan suami, suami yang ada sejarah lelah ni masa kecik, tapi sekarang dah takde. dan berkemungkinan besar Mia bakal ikut jejak babah dia,lum habis sesi konsultasi, doktor ada bagi satu ubat ni minta Mia habiskan, dia cakap kalau nafas Mia masih bunyi berkahak dan masih batuk-batuk lagik, maknanya Mia memang ada penyakit lelah..aihh saya dah risau dah masa tu.. ubat dah habis makan tapi nafas Mia masih berbunyi haihhh susah hatinyaa
Dan akhirnya masa bulan puasa haritu, Mia susah nak nafas waktu malam dan selalu menangis, bila tengok dia nangis tercungap cungap saya jadi sedih sangat, saya tak tau nak buat apa.. say adah letak vicks kat dada dan belakang dia siap letak kat tapak kaki dia nak bagi dia warm. kaki dia saya akan stokinkan, sebab dia tak boleh bernafas kalau baring, nak taknak, saya kene dukung dia dan bagitahu dia suruh tido kat dada saya.. harap harap dia boleh bernafas dengan baik dan dapat tido.. syukur sangat-sangat at last dia dapat tido walaupun saya terpaksa tido duduk. Sepanjang Mia tak sehat tu..memang saya tak cukup tido sebab nak jaga Mia. seminggu dua jugakla.. saya selalu jugakla berulang alik dari ofis ke rumah bawa Mia ke klinik untuk amik gas. dan sebab terlalu penat sangat, saya pun terjebak demam..
Dan sekarang ni kalau Mia kena lelah jek, saya akan tido duduk sambil dukung dia dan monitor dia.
Sejak Mia kena lelah ni..banyak bende yang saya dan suami tekankan.. dari segi kebersihan rumah, memang satiap harila kami menyapu dan mop rumah just nak makesure rumah kami tak berhabuk( suami ler yang paling rajin nyapu hee), makanan Mia pun saya pantau.. telur, susu lembu dan seafood macam kerang kene elakkan. Makanan sejuk macam aiskrim, jelly dan buah-buhan sejuk dan bercitrus pun kena tapis. elakkan Mia dari terlalu dekat dengan kucing-kucing ( sebab bulunya) dan jauhkan daripada orang-orang yang merokok ( nasib baik babah Mia tak merokok)
 Saya ada baca serba sedikit info pasal lelah kanak-kanak ni kat website ni http://www.hamidarshat.com/anak-kesihatan-informasi-165/171-lelah-asthma.html

Harapan saya... mestila sebagai ibu saya nak anak saya sihat dan doa saya untuk anak ibu seketul ni, semoga sakit lelah dia akan sembuh dan jadik aktif seperti sediakala. :)

Wednesday, October 10, 2012

Tanya sama pokok...

Selasa lepas dalam jam 4.00pm cenggitu, suami call cakap ada ribut petir kat rumah.. dalam hati saya cakap la "aleh, biasa la tu..takkan takut kot.." tapi bila dia cakap ada 4 pokok tumbang kat area rumah.. saya macam bingung-bingung sikit.. aku nak percaya ke taknak ek,,! sebab nye cara suami cakap tu macam nak buat lawak.. dia cakap macam gini " sayang, ada pokok tumbang kat area rumah kita, siap sepender berterbangan lagik masuk kat kolam, awak jangan risau, pokok orkid awak, saya dah selamatkan.." Saya confuse..pokok besa ke pokok kecik yang tumbang, siap bagitahu dia dah selamatkan orkid saya lagik, Dia cakap pokok orkid saya tumbang ke? ke dia cakap pokok pasu rumah jiran tumbang? aduyai... tak tau nak percaya ke tak, Sebabnye mamat ni suka sangat buat lawak serius sampai saya tak tau yang dia ni memain ke atau betul betul..so saya pun mintala dia hantar gambar pokok tumbang tu...


Ok...betullah dia cakap ada pokok tumbang..siap melintang kat laluan masuk.. Macam mana plak dengan sepender berterbangan?
Errr..... sorrry sayang..agaknya pakaian tersebut terlalu kecik maka saya tak nampak... tapi sebab kesungguhan dia meng'email'kan gambar tersebut, last last saya pun percaya,
Jiran sebelah kami, Angie siap call cakap jangan balik dulu sebab ribut teruk.. baik sungguh dia, itu guna nya jiran kan.. tenkiu very much!!!
Kat bawah ni saya letak gambar-gambar masa ribut haritu, Untuk pengetahuan korang, rumah kami ni adalah laluan angin sebab dekat dekat dengan rumah kami ada bukit bukau.Sebab tu kalau hujan terutamanya..angin nye lain macam sikit ( ala-ala tepi laut China Selatan gituw..)
Gambar kat atas ni, gamba dari traffic light ke pintu masuk kondo, kereta sebelah kanan tu terkena gak la pokok tumbang tu.. tapi bila pokok tu dah dialihkan, kereta tu kene calar jek..hehhee
TAPI..yang kat bawah ni..kesian....harap tuan kereta tabah... kalau saya? mau saya nangiss huhuuhuh

Tapi memang haritu cuaca tak berapa bagus, kami tido tak yah pasang kipas..kesejukan sampai ke tulang sumsum..( saya dgn Mia je pun) dan harini saya tengok badan Mia dah start panas dan ingus pun dah meleleh...haaaaaa anak aku dah demam, so jap balik opis nanti nak bawa dia pegi jumpa doktor. Harap harini tak seteruk semalam dan semalam..sekian.

Monday, October 8, 2012

Gatal Tangan

Saya kat ofis ni..sekarang dah pukul 7.00pm.. time time macam gini kalau takde tender nak kene buat dah lama dah saya cabut balik umah on time..ehehehehe.. tapi sebab ada tender nak kene submit minggu ni, saya kene stay up.
Tangan ni menggatal buka buka link kan... pegi le google search la apala... tekan tekan sukahati.. tetiba rasa macam gatal tangan nak tekan nama sendirik.. dan akhir nya...


jumpa gamba saya....huuuuu nak nanges tengok muka sendirik.. dulu muka bujur sekarang?? muka tembam..

Then saya pun gatal la tangan lagik.. tekan nama penuh suami... tengok apa saya dapat..!!!


ekkkkk... bia betul laki aku ni..? masa bila plak dia masuk Pertandingan Jaguh Bina Badan?? tak tau pun... huk huk

Tuesday, September 18, 2012

tatum tatum ohhyayaaaa

Laaaaaaaaaaaaaaaammmmaaaaa tak buat entry, bukan malas tapi sebenarnya takde idea.. lepas tu bila dah ada idea, tak de plak notebok nye.. mana la reti buat entry pakai tablet ( alehh nak bagitahu ada tablet la tuww) lepas tu kalau nak buat entry kat ofis lagikla...nanti ada orang curik curik tengokk.. ( errrr..motip?) so TERPAKSA la saya tak buat entry...lalalaaa :)
Ok.. sekarang Mia dah setahun 4 bulan.. tengok tu!! besday Mia pun saya tak update kat entry!! pemalas pemalass!!

Mari kita update apa yang Mia dah tau buat setakat ni:
1. dah pandai jalan...harusla kan.. kalau tak pandai jalan lagik sure nye la ibu Mia pening
2. dah pandai bercakap..antaranya "aiyerrr =air" "tentut=kentut" " titow=tido" "sihat=sihat"
3. paham bahasa..selalu minta dia pass barang pada babah, bukan apa, nak makesure dia paham arahan. dan so far dia dapat lakukan tugas dia dengan jayanyerrrr
4. dah pandai mengemas rumah.. huuuu ibu dia selalu stress bab ni sebab babah selalu cakap ibu balas mengemas padahal anak dia yang buat sepah.
5. dah pandai nyanyi.." buyung tatak tuaaaa...oooo jendela...nenek dah uuuaaa..gigi gal uuaaa tatummm! tatummm! oooyayaa" "tingkel tingkel star star starrr...." ibu dia diammm je dengar sambil gelak dalam hati
6. dah pandai feed baby ( teddy bear) OMG!!! saba jela
7. dah pandai tengok tengok baju...dan cakap " tantekkkkkkk...."
8. suka ikut apa yang ibu pakai.. ibu pakai spek dia pun sebukk ibu pakai rantai dia pun nak jugak..
9. suka makan..especiallllllyyy bende baru,
10. suka tengok boboiboy...aihhhh ni ibu pening.. kenapa la kau taknak tengok ustaz Don pagi pagi nak oiii!! Ustaz Don tu hensem apa.. sejukkk ibu tengok dia.. eh ehhh!! ( motip pepagi terpaksa buka boboiboy sebab mia nak tengok!)

Itu jek kali ni... nanti kita sambung lagik

Wednesday, April 18, 2012

30 an @ 3 seriess??

Nombor apa tu?? apa motip letak no 30?? adekah no ituw bes?? Nak kata saya ni dah umo 30 tahun..belum lagik.. masih lagik sweet 28.. ( taknak ngaku lagik tu!!)
Neway.. gambar di bawah adalah hadiah harijadi untuk isteri yang dah berumur 28 tahun ( plus 2 tahun) yang dihantar oleh suami melalui agent penjual bunga online yang bertauliah ( yg pasti bukan blooming.com)...owhhh!! suami masih lagik "sooo sweettttt!!" dan isterinye itu rasa terharu dan happy sampai nak lompat-lompat..!! yeyy!!

Hadiah apa dapat selain dari seperti dibawah?? adalah handphone ye tuan-tuan dan puan-puan.. dah bagi sebulan awal dari besday isteri.. handphone apa? handphone yang bole ber chit chat.. yang boleh ber'wassap', yang bole tengok internet, tweettt, fesbuk dan paling penting boleh buka email ofis..tapi maaf ye boss, walopun ada handphone ini..saya takkan setup email ituw.. tunggula bila hati ini dah bersedia..cewahhh!!

Ok... Happy Birthday untuk diri sendiri... Semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan bahagia bersama suami dan keluarga..

Suami- AILAPYU LAAA...!!



p/s** lupa plak.. sebenarnya ada 1 lagi kek yg suami bagi.. tapi takleh kira sebab dia wish hepi besday masa isteri tengah tido ( pukul 12am, mata isteri dah takleh buka).. isteri tiup lilin sambil tido, isteri makan kek masa tido so tak tau rasa sedap ke tak..huhuh neway..isteri cakap tenkiuu suami.. ailapyu vely strong ler..

Friday, March 16, 2012

Happy 2nd Anniversary (12.3.2010)


HAPPY ANNIVERSARY encik suami..

Saya sudah bukan lagi jadi milik keluarga waktu ni sebab saya secara rasmi nye dibawah jagaan awak

Syukur Alhamdulillah
dikurniakan bayi yang cumel ( jelita macam mak dia tapi apesal muka awak?)

dari satu jadik dua
dari dua jadikla
BERTIGA

SAYANGGGG SEMUAA!!!!!!!!!!!!


Tuesday, March 13, 2012

biskut marie??

Suatu hari di HUKM klinik

Nurse: Puan dah mula bagi makan apa-apa tak pada baby selain susu?
Puan : dah.. dulu saya bagi baby makan bubur nasi, tapi sekarang dah up sikit pada nasi lembik, biskut beras baby, buah-buahan....hmmm
Nurse: Eh! biskut baby yang beras tu ke? yang dalam kotak ada 6 bungkus tu kan?
Puan: Ha aaa kenapa ek...
Nurse: biskut tu mahal, puan bagi je anak puan biskut Tiger atau biskut marie..biskut biskut tu kalau masuk dalam mulut cepat cair gak puan
Puan: Ooooo ok..
Nurse : Puan tau tak macam mana rupa biskut marie? ala yang bulat bulat ( sambil lukis) senang cite puan pegi kedai carik biskut yang tulis nama biskut marie kat bungkusan nya.
Puan: Oooooo biskut yang letak dalam kek batik tu ke..? ooo yang tu saya tau la..
Nurse: Haaaa tau pun puan
Puan: ..................................

*** Muka aku nampak macam blurr ke masa tu ?

Wednesday, March 7, 2012

Si Pulas Pulas


Tetiba teringat masa nak daftar subjek untuk semester ke 2 tahun 1, untuk HE21-International Marketing punye masa adalah pukul 1pm, tapi sebab aku ni kunun-kunun bijak, aku belasah pegi awal, dah rasa hebat sangat tetiba bila sampai kat podium rupa2nya lagik ramai yang hebat dari aku..yelaa nak daftar subjek ni kene cepat, nanti kalo lambat..kita akan dapat subjek yang kita tak suka..
Untuk major nye dah settle, tapi masalah aku adalah tang subjek minor.. disebabkan minor kene habis kan 15 kredit, maknanya aku kene amik 5 subjek minor..dahler tu minor kami adalah IT.. manala hebatnya kami yang ber'sekolah'kan business management ini tetiba amik IT, kalau yang basic basic tu aku ok lagik, ni yang subjek susah susah...mau juling nak baca nye.
Dalam banyak-banyak subjek minor... aku TERPAKSA amik C++..memula tu rasa bangga amik subjek tu sebab rasa macam 'wowww!! hebatnye aku!' tapi bila aku beli buku.. eh! apa ni.. kenapa pelik buku ni..?? haaaa baru aku tau C++ ni programming...ada coding coding seriuss!! aku rasa macam nak tampar diri sendirik masa tu.. apasal la amik mende ni..!! nangis kat tepi beranda... apakan daya..nak complete kan kredit hour punye pasal.. aku amik gak.

Aku ni asik salah coding je..dan selalu tak menjadik programming language aku.. dan dihari nak dekat dekat exam selalu gakla aku ketuk pintu bilik housemate yang sekolah kat sains dan informatik a.k.a SSIL suh dia ajar aku, memula tu dia ajarla..tapi bila tengok aku ni bengap sangat, dia pun bosan nak ajar.. lecturer yang mengajar subjek ni punyela hensem, dahla hensem ada kereta spot yg 2 pintu tu..selalunya aku akan gigih berusaha kalau lecturer nye hensem tapi kenapa macam aku ni budus sangat????

long some_function(); /* int */ other_function();   /* int */ calling_function() {     long test1;     register /* int */ test2;       test1 = some_function();     if (test1 > 0)           test2 = 0;     else           test2 = other_function();     return test2; }
APA DIATAS?? APA DIATAS???


Akhir sekali..bila dah exam..dah tunggang terbalik.. hasil nya amat memberansangkan sampai effect kat pointer aku..sampai mak abah aku datang Sabah jumpa dekan aku..siap tanya "adekah anak kami mempunyai masalah disiplin...?" pedih mendengarnyeee..aku ni nak merayap rayap pun kene pikir dua tiga kali, seminggu duit belanja rm50..ko kene jimat jimat..nak makan kene catu..takut tak cukup. Nasib baik la dekan tu dengan cool nye (dah arwah dah dia..Al-Fatihah) cakap " eh! anak puan baik...dia takde rekod disiplin..kat sini dia rajin join aktiviti menari-menari kelab..siap wakil U lagik tau puan" arghhh!! DEMMM!! mak abah aku dah tau anak nye menari nari...!! aku rasa nak pitam bila prof bagitau.. oh mak oh abah!! ampun huhuhuhu tapi pecayela mak abah, anak mu ni adalah sangat behave ditempat orang.

Sipulas pulas yang memeningkan.. tapi aku rasa aku dah cukup hebat sebab dapat gred yg ok untuk subjek tu, aku matik-matik ingat 'gagal' tengok- tengok lulus..siap bangga sembunyi sembunyi takut kawan-kawan tau..ekekkeeeke ( ampun korang..!! aku pun tak tau mcm mana aku bole lulus)

Kesimpulannya..sila jangan amik sipulas pulas kalau ko tak yakin.. huhhuu


ni aku nye feveret lecturer..


Wednesday, February 15, 2012

aku lupa letak tajuk la weihhh

Masa mula- mula dapat tahu saya pregnant macam-macam rasa.. rasa excited sebab ada baby dalam perot,ada penyambung keturunan..( perghhhh ayattt) tapi dalam masa yang sama, saya fikirkan financial family. Duit makan baby, duit lampin, susu, pakaian, duit standby kalau baby sakit, insurans baby, education blablabla semua saya kene pikir. So apa yang saya buat? yess.. memula saya memang takut takut gak la.. saya cut mana yang saya RASA tak penting tapi sebenarnya PENTING untuk saya..diri sendiri.. semua duit saya tu untuk baby, Saya bukan apa, saya takut tak cukup untuk baby..takut takde duit standby dalam tangan..manala tau kan...kita tak minta pun, tapi kalau ada emergency case at least adala duit sikit nak tampung, tapi lama-lama bila tengok kawan saya uruskan kewangan dia ( dia ada 3orang anak sekarang ni) saya belajar sikit-sikit.. terpikir gakla kan.kalau dia yang ada 3 orang anak boleh manage duit dia..siap ada peruntukan untuk diri sendiri.. kenapa saya tak boleh kan?


Untuk baby memang semuanya adalah sederhana..sebab apa? sebab saya dan Pechal taknak anak saya termewah sangat... tapi ada bende yang kita kene consider, keperluan, kesihatan dia untuk jangka masa panjang, katakan keperluan..tak perlula berkira sangat sampai kedekut nak keluarkan duit untuk anak.. anak kita, bukan orang lain pun kan..
Mari kita tengok apa yang saya dan Pechal dah plan dan buat untuk baby Mia. Untuk lampin pakai buang.. kain lampin memang kita nampak remeh tapi sebenarnya penting. Saya pakaikan baby lampin pakai buang jenama Huggies sebab saya rasa lampinnya selesa, tebal tapi ada ruang udara, tak mudah bocor dan lampin tu jaga kulit anak saya. Sebelum ni banyak gak saya dapat sample lampin pakai buang dan saya dah try kan semua sample tu kat baby.. ada 2 lampin yang saya berkenan dihati.. Mami Poko dan Huggies.. ofkossss kalau saya ada duit lebih saya akan pilih Mami Poko sebab lampinnya superb hebat tapi saya pilih Huggies sebab harga berpatutan dengan kemampuan kami.

Susu? Susu Mia adalah sangat biasa dan tak mahal..Dulu saya ada try S26, Frisolac ( yeke spellingnye) tapi Mia macam tak boleh masuk, ( susu s26 yang hospital bagi bole plak dia minum) so saya try susu jenama Dumex..ok jek Mia.. haa nenek bagi ibu minum susu Dumex juga tau masa baby, belajar sampai 'U' gak. hrmm tapi nanti bila dia dah besar sikit, saya nak try bagi Anmum plak.. kan ada yang less sugar tu kan..so nak bagi yang tu laa.

Pakaian?? Katakan ko ada RM10.00, ko tengok kat warehouse sales ada baju baby yang kainnye berkualiti, baru, dan lawa-lawa pastu ko tengok plak kat kedai hypermarket ada gak baju baby, tapi harga lebih kurang sama harga baju baby yang jual kat warehouse. kualiti baju kurang bes sikit dari yang kat warehouse sales, Mana satu ko nak pilih?? Haaaa macam tula cara saya membeli baju anak saya. Mia ni anak yang murah rezeki, ada je baju baru yang dia dapat.. makcik-makcik dia,nenek sedara dia especially nenek Su rajin bagi, kekadang tu babah dia ingat saya yang belikan padahal Mia dapat dari orang lain. ada gak baju baju besar yang Mia dapat masa dia baru lahir, saya simpan dalam almari dia..so bila dah besa sikit bolelah saya keluarkan dari almari dan bagi Mia pakai. oooo iklan jap; terima kasih kepada atok sebab belikan baju Mia kat Terengganu haritu..Mia sukeee...!!!

Kalau toys Mia.. saya cerewet bende ni. bukan cerewet pasal harga tapi pasal keselamatan, kepentingan permainan tu pada baby macam Mia. diperingkat macam ni apa yang perlu untuk pembelajaran Mia. apa yang masih tak boleh lagik. Banyak permainan Mia saya beli dari http://juaimurah.blogspot.com/ . Toys yang dijual memang dari jenama mahal tapi secondhand.. walaupun secondhand, tapi toys nye berfunction baik dan ada yang masih nampak baru.

Babah Mia sangat ambik berat pasal kesihatan Mia. Dia la yang rajin baca-baca buku kesihatan ( online je pun) apa yang Mia boleh apa yang Mia tak boleh.. baru-baru ni Mia pergi buat injection phemococol kat Hospital Colombia, so tinggal lagik 2 suntikan.. dan babah Mia bercadang nak ambik beberapa lagik injection yang sesuai untuk baby macam Mia, takpela Mia, asalkan Mia sihat, kitorang ok jek..

So kesimpulannye... kami sayang Mia.. sekian

Monday, February 13, 2012

Kenapala saya lurus sangat.. sedey tau!

Last weekend saya dan Mia gerak pegi Pahang. tapi pegi pagi balik petang.. so masa banyak kat dalam kereta.. Mia adalah sangat tak menyusahkan, dia baby yang sangat behave.. duduk dalam kereta, main toys..then bila ngantuk dia tido.. bila lapa dia minum susu takde merengek minta dukung ke panjat sana panjat sini.. siap temankan ibu dia borak borak lagik tu.


Apa yang buat saya tergerak hati nak kesana? Nak amik Pechal, Pechal outstation ke Pahang. ooo yekkk sebelum pegi saya dah bagitahu Mia yang pagi tu dia akan jumpa babah dia..punyalah gelak gelak dia.. ntah paham ke tak ibu pun tak tau..


Actually sehari dua sebelum saya ke Pahang, saya ada borak-borak dengan Pechal..borak borak kosong then tetiba Pechal cakap "amikla saya kat sini.." Masa tu Pechal dah ada kat Pahang, so yang kata tu pun suami kan..saya percayala.. saya pikirkan mebi dia nak cepat cepat jumpa Mia, saya pikirkan mebi dia tak selesa naik bus (rombongan TMKL ke Pahang), saya pikirkan dia tak berapa sehat ( sebab sebelum tu dia asyik mengadu sakit kepala) dan yang paling penting, saya rindu kat dia.. tak puas la borak dalam tepon je.. nak la borak lama-lama.. nak gakla gossip gossip..nak gakla macam ngadu-ngadu kan..


Tapi rupa-rupanya Pechal cakap dia just but lawak jek..saya rasa nak terpengsan sebab masa tu dah lepas tol Gombak dan saya ada masalah tak bape tere jalan ke pantai timur, Pechal suruh patah balik tapi saya cakap saya tak tahu macam mana nak patah balik.. saya macam nak nangis dan frust pun ada..yelakan kata dah excited nak jumpa suami kan.. suddenly dapat tahu yg dia buat lawak je.. so tengah carik-carik jalan nak patah balik, dapat sms kata terus amik dia jela.. so saya pun ikut jela apa kata dia..masa tu dah sampai genting sempah dah.. nasibla sepanjang jalan Mia tido.. lama gak dia tido, kalau kat rumah, setengah jam je sure dia dah buka mata.. saya tak berani bawa laju..habis laju pun 110km/sejam.


Saya sampai kat Pahang ( tempat dituju) dalam pukul 11.00pm..lepak lepak dgn Mia kat RnR Gambang, pastu dalam pukul 12.00pm sambung perjalanan.. saya jumpa Pechal dalam pukul 1.00pm macam tu.. Hrm.. dia for sure la lebih excited jumpa Mia dulu.. sebuk sebuk dengan Mia agaknya baru perasan yang drive kereta tu ibu Mia.. tapi saya takdehal punye sebab saya tau dia rindu kat anak dia..n..anak dia pun sama..siap tido pegang baju babah dia lagik.. bantal bulat dia, dia campak ketepi..


Dalam kereta tu adala dia bagi ceramah free 20saat kat saya..so agak tersentap jugakla.. penat driving pun ye, penat telinge pun yee tapi bila pikir pikir balik, betul juga cakap dia, takkan la dia kejam sangat nak suruh saya amik dia jauh jauh macam tu...Saya tau dia tak salah, saya yag bangang amik ayat dia bulat bulat, dia just buat lawak jek.. haihh kenapala saya percaya.. kenapala saya tak boleh bezakan mana lawak mana yang serius?? kenapala saya ni lurus bendul sangat..? lurus bendul saya ni melampau lampau.. dulu pasal lurus la saya kene tipu dengan seseorang, saya dah try dah nak buang perangai lurus saya..tapi rupanya masih ada lagik!!! tak taula kenapa bengap sangat saya ni.. saya marah diri sendiri...saya betul2 geram !@#$%^&*


Hope Mia tak jadik macam saya, biala saya yang bodoh asalkan bukan Mia.. saya selalu doa supaya Mia dapat jadik seorang yang cerdik, sopan santun dan apa saja yang baik baik biala Mia atau bakal adik adik dia.. ( kalau ada rezeki). Mak cakap setiap ayat, patah kata yang keluar dari mulut ibu adalah doa.. sebab tula apa saja ayat untuk Mia, saya akan jaga tutur kata saya.. bukan sebarangan.. sebab saya takut apa yang terkeluar dari mulut saya untuk Mia akan jadik makbul.. tapi tak pulak saya suka bila dengar orang lain cakap benda tak baik pada anak saya... itu jekk tata




p/s: 12.2.12 cantikkan no tu? lagik sebulan saya dengan pechal sambut ulangtahun perkahwinan yang ke-2, ingatkan haritu nak bagitahu yang haritu dah setahun 11 bulan, tapi saya terus lupa..hrmm.. happy setahun 11 bulan sayang.. :) oooyekkk Mia dah 9 bulan 11.2.12, semoga anak ibu sihat dan makin cerdik..amin aminnn

Wednesday, February 8, 2012

Bibir Mia lebam...hohohohoho



Si comel ni dah pandai memanjat manjat sampai sempot ibu dibuat nye.. kalau merangkak tu tak payah risau la.. laju kemain.. ibu ada gak try merangkak..main kejar kejar dengan cik Mia tapi mak aiii sakit lutut weh!
Cik Mia ni tak sakit ke lututnye.. hrmm dah nak masuk 9 bulan dah si kecik ni.. dah ada bau bau nak mula belaja berjalan sendirik.. dah start pegang meja sambil jalan-jalan.. dan dah start nak panjat panjat.. haa kesan nye..semalam bibir atas sebelah kanan luka..nangis kejap jek sebab tu ibu dia tak dengar.. nasib la nak oii.. luka sikit sikit takpe..nama pun belajar.. dulu ibu belaja naik beskal siap masuk longkang lagik..ibu tak nangis tau.. tak caya tanya makngah, achik ami dgn acu..hebat tau ibu..;p Acu laaagikk la hebat..naik motor sampai masuk longkang gakk ekekekeke opsss!!

Mia dah pandai joget..ibu rasa nak tergolek golek ketawa tengok dia joget..goyang goyang bontot yang ada pampers tu..kelakar.. takpela Mia.. belajar la. Ibu takde hal punye.. Mia pun dah pandai baju buku..tah apa yang dia bebel pun ibu tak tau.. dah ler baca buku terbalik..kekadang tu muka seriussss sambil bebel.. kekadang tu ketawa berdekah dekah..apa yang kelakar sgt buku tu pun ibu tak tau.. buku yang ibu beli 123456, ABCDE dgn kenal colour.... takde plak rasanya kelakar nye.. tapi layan kan ajela

Dia dah pandai buat 'gimme 5!!' ni ajaran dari bapak dia la.. ko tunjuk tangan 5 kat dia pastu dia pun sep sep kat kita gak.. hohohoho ccooo cweettt!! anak sapa?? anak babah ( ibu yang beranak babah yang dapat nama huh!) dia dah pandai tepuk tangan.. yang bes tepuk tangan sambil meraung..apekah?? Ibu konpius nak oii.. ko sedey ke ko gumbira?

Dia dah pandai angkat tudung telekung ibu dia.. dah tu masa ibu tengah rukuk dia ingat ibu buat cak cak kat dia..punyala ketawa bedekah dekah bagai si kecik ni.. masa ibu tengah sujud bole dia main tali ikat tudung telekung ibu..kekadang tu siap berdiri pegang kepala ibu masa sujud..aduyaii macam mana ibu nak bangun nak oiii... dugaan sembahyang betul.. kekadang tu saja je dia duduk golek golek atas sejadah.. sejadah yg ibu bentangkan untuk dia..tak pulak dia guna..sejadah ibu gak ko belasah ye Mia.. takpelaa budak kan.. so layankan aje.

Adaaaaa lagik.. tapi nanti aku sambung..sebab tetiba macam ehh aku malas la plak nak ingat apa yang Mia dah pandai.. nanti nanti la ek.. tatata



Wednesday, February 1, 2012

Mia kunci babah..

Mia: babah..babah buat apa kat luar tu,
Babah: babah nak masuk dalam tapi Mia panjat gate macam mana babah nak masuk..

Wednesday, January 25, 2012

Izinkan saya berkata sesuatu

Saya mo buat teguran..ijinkan la..
tadi tengahari saya pegi satu Telco ni... sangatla hebat dimata rakyat Malaysia.. yaa!! service dan package yang ditawarkan sangat bagus. itu sebab la saya bertukar dari telco 'M' ke yang baru ni.. tapi saya tetap kekalkan nombor saya tu supaya senang reporter carik saya.. mak kan glemer..( motip??)
Saya mo buat pembayaran broadband kebetulan saya langgan sama Telco untuk no fon saya, 1st..saya buat drive thrue..kununnye "alaaa kejap je ni.. " setelah diberi no ic saya kat kaunter drive thru tu, cik cust service pun carikla akaun saya.. jawapannye.." cik, yang ada atas nama cik cuma no fon cik je, braodband takde.." MANA MUNGKIN??? so saya kata kat dia, saya nak masuk ke dalam nak check one to one.. kat dalam cust service centre, saya amik no giliran.. no saya adelah 3029 no yang dipanggil 3022 so saya pun gembira la kunun2 no saya akan naik dengan segeranya..hrmm 5 menet 7 menet 15 menet 30 menet 45 menet... aikk?? lama nyee..apa yang saya nak cakap kat sini;

1. yupp memang ramai orang masa tu tapikan ko dah tau ramai orang pekata ko buka kaunter lagik..cuma 4 kaunter je buka dari 10 kaunter.. ( jangan bagi alasan takde staff plak) YEEE waktu lunch, rasanya dah tau kan kalau time time tu adelah masa kritikal sebab orang akan ramai datang masa tu.

2. Aikk?? adekah sistem di dalam dan diluar ( drive thru) tidak sama? sila bagitahu..bukan kah drive thru itu adalah utk memudahkan kami ( customer)?

3. Sila la ajar customer service staff anda untuk senyum.. muka masing-masing dah cun dah ( seriesss memang semua cun).. tapi saya lagik suka kalau ke'cun'nan tu menjadi manis dengan senyuman anda yang menawan.. saya yang perempuan pun boleh cair. Kerja anda berdepan dengan pelanggan ( kemungkinan pelanggan yang bermasalah dan banyak kerenah) dan anda pun sedia maklum masa anda terima tawaran bekerja tu kan.

kesudahannya..saya berjaya juga bayar bil saya.. tapi hati panas sebab saya dah lapar, saya dah terlepas waktu lunch saya.. saya membazirkan masa saya, ( nasib bos cuti kalau tak matik saya nak menjawab...eeerrr jap!!! mak tiri ada masa tu..aduyaii ampun la ye kak) perlu la ada pembaikan cust service anda ye.. package dan cantik, service telco pun hebat..marketing walllaaa!! ( sampai saya terpengaruh..manala tau dapat hadiah jatuh dari langit macam kat iklan tv tu kan.. ;p ) .. kalau mana perlu baiki sila la baiki bagi menjaga kualiti dan mutu anda, saya hanya menegur dari sudut pelanggan.. harap dapat pertimbangkan..

itu jek..Sekian,

"masa itu emas"
ikhlas dari..
pelanggan anda yang lapar

Sunday, January 22, 2012

Mia, Adnin, Imran dan Abang Umar pergi ke Zoo Negara

2-3 minggu lepas kan.. Mia dengan kawan-kawan pegi Zoo Negara, Mia sukeeee sangat!! Ibu cakap umur Mia dah 8 bulan so Mia dah kene belaja kawan-kawan..Mia dah kene belajar tentang dunia luar supaya Mia tak takut-takut dengan keadaan sekeliling nanti.. haritu Mia janji dengan kawan-kawan Mia pukul 10am tapi Mia sampai pukul 10.30am sebab nya Mia nak ok ok dulu sebelum Mia jenjalan.. hehe
Tengok!! Mia dah ready nak jalan-jalan..kita posing posing dulu ye babah... ibu..? ibu tolong amik gamba Mia dengan babah hehhe
Ini Imran, babah dia nama uncle Chole dan ibu dia nama auntie Yana.. Mia selalu jumpa Imran, Imran baik.. selalu kongsi makanan dengan Mia, auntie Yana buat bubur nasik sedapppppp
Ini Abang Umar, dia tua dari Mia setahun, dia dah bole jalan-jalan..Mia,Imran dengan Adnin tak bole jalan-jalan lagik.. Abang Umar baik.. dia tak kacau Mia. Ni first time Mia jumpa Abang Umar.. hrmm..cumel gak Abang Umar ni..;)
Ni Adnin, sebelah dia tu mama dia.. cantik kan?? Adnin ikut muka Babah dia.. macam kite laa..kita banyak ikut muka Babah kita jugak, ni kali kedua Mia jumpa Adnin, sekali tu kat rumah Adnin, masa Adnin buat open house..beborak panjang kitorang.. tapi beselaa.. kami dua dua tak paham apa yang kami borakkan.. heeeee
Ni Babah-babah kami.. uncle Cholan, uncle Redho, Uncle Atan danyang baju itam tu yang ada janggut sikit sikit tu adelah babah kita.. kita rasa babah kita tinggi tapi rupanya ada yang lagi tinggi dari dia.. tapi takpela..Mia tetap sayangkan Babah, Babah-babah kami ni dah lama kenal sejak di bangku sekolah lagik... boleh dikatakan dorang ni kawan baik jugakla.. ada dua orang lagik kawan babah.. uncle An dengan uncle Pyan.. dorang tak dapat join sebab dorang ada hal..
Ni Ibu ibukami.. tu yang baju itam tu ibu Mia la.. Mia sayang kat ibu Mia.. dia selalu bawa Mia jenjalan.. tu ada auntie Imah, auntie Yana dengan auntie Sherry..
Heheheheheeeee...Mia kacau 'angry bird' tido... nyenyak betul Imran tido..mesti dia penat sangat kan kan kan
Ibu dah buat posing posing maut pulak... Mia pun layan kan ajela... Imran tengah amik gamba dengan auntie Yana..hehe
Masa kat Zoo Negara, Mia dapat tengok pertunjukan singa laut.. besss..tapi Mia tengok kejap je..lepas tu Mia tak tentu hala..Mia rasa Mia nak jalan-jalan lagik tapi Ibu nak tengok show tu sampai habis..sabar jela
Ni ada unta.. unta ni sitaja oleh Ambank.. lalalalaaaa hebatkan Miaa!!
Ni Mi tak sure apa nama nye.. singa kot, sinag betina.. betul ke ibu..?
Lepas kami tengok haiwan-haiwan kami pun nak balik..tetiba Ibu ternampak orang buat lukisan lukisan.. so ibu minta orang tu buatkan muka mia hitam putih, ibu cakap hitam putih lagik menawan.. klasik klasik gitu.. Mia pun suke.. cam cumel je Mia dalam lukisan tu hehehehehe....oh yekkk tenkiu auntie Sherry sebab belanjan Mia lukisan.. Mia sayaaanggggg auntie Sherry
Ni Adnin.. cantik kan?? Adnin cumel la dalam lukisan ni
Ni Imran.. Imran dah ada kereta Ferrari..bole la Mia tumpang pegi kedai.. bole kan bole kan???????
arghhhhhhhhhhhhhhh Mia dah penat laa.. Mia nak tido la Ibu.. tenkiu sebab baca cerita Mia,nanti kalau Mia jenjalan pegi mana-mana, Mia cerita lagik yekk..! Okla tu je cerita Mia.. Tataaa

Achik Amie Kawen....dgn Auntie Fara.

Karangan lepas gambar gambar ni ( sebab saya pemalas nak edit)


Kat Masjid Arau, Perlis
Rasa nya borang nikah kot heeee
aarghhh stressss!! ada dua ketul sebuk kat belakang... (seee!! seee!! ai pakai baju nikah ai tauuu)
Mia, saya( pakai baju nikah...motif nak bagitahu tu baju nikah kenapa ek?? ;p), Alin, Akiff, Ela dan bunge..
Ni la satu satu nye adik ipar pompuan saya...terbaekkkkk!!
Amik gamba gembira gembira..
Motip buat ayat skima..sila baca..
Pada tahun lepas..bulan 12 bape haribulan gua tak ingat..maka berkawen la adik lelaki seketul saya dengan gadis pilihan nye, dari encik ke encik.. yelakan..kalau pompuan dari cik ke puan..bes tu kalau lelaki dari encik ke encik la kan, so lelaki kalau nak kelentong dia bujang pun pompuan percaya.. tapi para wanita sekelian..sila la jangan terpedaya yek dgn lelaki sedemikian, sila check paras perot nye, adekah benar bujang atau sebalik nye.. kalau bujur kedepan macam orang mengandung..SAH!!!! dia adelah bapa kepada beberapa orang anak hehehehe
Okey..back to story, adik saya si ami tu dah kawen dengan awek dia dari utara..merupakan junior junior junior saya dan mr. Pechal yang tak penah kenal belaja di Kolej Matrikulasi Perlis, heloww...ai 1st batch taw kat KMP tu!! u yang batch keberapa? akad nikah kat Masjid Arau dengan berwalikan bapa si pengantin perempuan dan sekali lafaz adik saya dengan rasminya dah jadik suami orang.. pakaian pengantin masa nikahnye adelah warna kuning diraja, dan masa bersandingnye adelah keesokkan harinya pengantin pakai baju warna purple.. saya dan Pechal amik kesempatan pakai balik baju nikah kitorang..keh keh keh over tau!! memula nak sarung baju tu suspen gakla kan.. kot la tak muat ke kan..maklum la dah gelebeh gelebeh, tetiba rasa cam nak lompat lompat happy sangat sebab baju nikah masih bole dipakai..yehhhhh!!!!!
Untuk adik ipar baru saya, Puan Farah.. Selamat Datang ke keluarga kami..kami menerima anda dengan hati terbuka dan senang hati.. jaga adik saya yang degil dan keras kepala series gile kepala angin kus kus tu dengan baik.. memangla dia tu ada degil, keras kepala dan kepala angin kus kus tapi dia juga ada hati yang baik, sopan santun dan berbudi bahasa... Walopun dia selalu kata dia ensem..saya dan adik adik lain meng'iya'kan saja..Ucapan untuk Ami..walopun Ami ensem sila la jadila suami yang bertanggungjawab dan penyayang di mata isteri. Sekian.
......errrrrrrrrrrrrrr motip letak gamba nikah sendirik ni?? ( nak tayang baju nikah..heheheeh)

Thursday, January 12, 2012

11.1.12-Mia dah 8 bulan

HEPI BESDAY MIA!!!! yang ke 8 bulan hehehehe over tau mak dia ni.. takpe, dalam blog sendirik, nyaris nak belikan Mia kek..tapi lagiklaaa rasa over acting plak kan..'




Okey.. apakah kehebatan Mia setakat ini..mari kita list kan;


1. Dia pandai makan...hehehehe tu sume orang tau makan,



2. Dia pandai merangkak..lagik laju dari ibu dia merangkak.. jenuh ibu prektis


3. Sudah pandai berdiri tapi kene pegang pegang la


4. Sudah pandai panjat..bagus..!! tapi ibu ko ni ko buat ibu suspen ek..asik jatuh je cik Mia ni.. takpe, 'prektis mek prefek'.. tu yang berlebam pipi tu..huu cian



5. Sudah pandai nyanyi... lalalalalaaaaaaa.....dengan nyaring nye.. layan kan ajela

6. Sudah pandai baca buku.. tapi baca buku dengan terbalik la..pastu buat muka serius, macam susah sangat je soalan dalam buku tu ek

7. Sudah belajar swimming..weekend kalo takde pape Mia turun pegi swim dengan Babah, Babah dah belikan Mia pelampung yang beso, bole la tahan sampai 4 tahun kot huhuhu last week Babah ajar dia goyang kaki dalam air,



8. Sudah kenal orang.. dia suke pompuan lebih dari lelaki.. bagus bagus.. loyal!


9. Sudah pandai merengek..eeeeee ni kekadang geram nyeeee


10. Sudah pandai masak...heeeee TIPUUUUUU!!!




Itu jew sekian.

Si Pemalas dah tak malas lagik





Biasala..sapa lagik yang pemalas tu kalau bukan saya? ada hati nak buat blog sendiri..kunun nak update cite Mia dari semasa ke semasa..cehh cett!! takde maknanya!! Bak kata pepatah warm warm chicken shit!! haa amek kaw!





Sebelum tu belum terlambat lagik saya nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 dan BUBBYE 2011 kepada saya sendirik.. semoga tahun 2012 ni membawa keberkatan dan murah rezeki pada keluarga saya.. amin. hehehehe bole buat ucapan untuk dirik sendirik..? ;p So untuk tahun 2012 ni adelah satu stage yang amatlaaa saya takuti..hrmmm hrmm hrmmm huwaaaaa!!! taknak sebut hrmmm...hrmm....macam nak terkeluar je dari perot ni, hrmm... dah nak masuk 3 series dah kau!!! OMG!!!!! terkeluar gak akhirnya, ohhhh!! apa makna semuanye ni?? aku dah tua?? owwhh sila buang ayat TUA.. kita tukar ke ayat..hrmm ulang balik.. OMG!! apa makna semuanya ni?? aku dah matang..?? haaa kan sedap sikit bunyik nye..



Well.... Kenangan selama 10 tahun jadik manusia yang berumur 20an dulu akan aku kenang sampai bila-bila.. satu fasa yang menyeronokan.. awal 20an..ko belajar lagik..masuk matrikulasi, masuk universiti dan masuk universiti..ko bercinta sakan, lepas tu tergolek 'dok', pastu ko bercinta lagik ( tapi tak sakan) pastu ko tergolekkan orang tu sampai tergolek 'dok', pastu ko jumpa seseorang ( dulu sasa sekarang makin sasa..hee ;p) dia ajak kawen, ko buat selengerrr tapi pastu ko buat ujian fizikal mental kat dia, pastu tetiba ko mcm suka kat dia ( walhal 10 tahun sebelum tu nyampah) bila dah ready nak kawen, ko pun cakap kat dia.. "kitew rasseww kiteww dah ready nak kawen dengan awak lewww".. sila baca dengan style gedik gedik manja sambil kaki bergoyang goyang.. ;) well sayang.. ai bukan terima you sebab cincin berlian yang you letak kat dalam dashboard dan buat buat suh ai amik barang kat dalam dashboard tu tau..dah memang plan nak bagitau you 'i am ready!!' tapi bak kata orang tua tua.. rejeki jangan ditolak huhuhu. ok mari kita sambung semula.. lepas tu plak dari segi kerjaya.. ko kene berenti keje 24 jam tanpa sebab ( yen bongoks!) pastu ko dapat keje dengan pak aziz ( datuk ajis baka) pastu ko diterima plak keje kat company yang buat security bagai yang kat area luar nya ada 30 bijik lebih cctv ( jangan memain.. anda sedang diperhatikan!!).. so almost 7 tahun ko berkecimpung dalam dunia kerjaya ni.. hehehee ekceli kalau keje sampingan tu banyak le aku buat..tapi takyah la list kan ek.. aku kan superb pemalas..



Apa yang aku target before 30an ni? aku kawen..dah kawen dah.. aku dapat anak..tu haa tengah tido dengan babah dia, aku dah ada keje tetap..alhamdulillah, aku dapat beli aset? alhamdulillah..rezeki tuhan bagi untuk dikongsi dengan keluarga.



Untuk usia 30an nanti.. target nye adelah..jika diberi umur yang panjang.. dan rejeki.. nak anak lagik..hehehe cari kerjaya yang lebih baik dari sekarang ( bukanla cakap sekarang ni tak baik.. sekarang pun okey wut) kumpul aset lagik.. dan niat hati nak pegi umrah lagik dan seterusnya haji..Insyallah. Nak beri didikan yang baik pada anak-anak.. ko jangan la ikut perangai lampau ibu ko ni, nenek ko dah pening dah dengan perangai ibu dedulu.. so ko takyahla nak pening kan ibu ni ye Mia, Bella, Eron Ajis.. eh ehh.. mana datang lagik 2 ketul nama tu? ohhh tu bakal nama anak yang bakal keluar hehe ohh yekk saya nak jadik isteri yang solehah.. yang jaga keperibadian, yang jaga maruah suami, dan nak jadik isteri yang sempurna di mater suami..ehehehe hebat kan! lalalalalaaaa...


Okla, kesimpulannya.. saya dah mengantuk, Assalamualaikum




p/s tetiba saya teiba aku..aper cerr?