Tuesday, October 23, 2012

AES

Apa tu AES?? Automated Enforcement System. cewaahh macam hebat-hebat je kan.. Saya bukanla pemandu F1 so takdela risau sangat pasal kalau-kalau saya kena 'tembak' dek AES ni. ( Tapi saya penah kene saman pasal bawa laju hingga 112km kat PLUS Highway Batu Pahat on the way balik KL...bolee..?)
Memula saya tahu pasal AES ni dari Anis, masa kami on balik dari bawa Azza lunch kat Nilai. saya duduk kat co-driver kereta Anis.. tetiba masa kat area Kajang sebelum exit ke Kajang tu ada macam flash flash lampu dari sebelah kiri saya.. uikk!! ada orang amik gamba aku ke? perasannn..tapi bila Anis cakap tu adalah AES system, untuk amik gamba kereta yang bawa laju..baru saya paham.
Ok..ada satu benda best yang saya nak share dengan korang pasal satu application khas untuk detect kat mana dorang letak AES. Saya dah pun cuba semalam dan memangla sangat bessttt... nama nya adalah "AES Detector", so masa balik dari Bangi lepas tengok adik kecik saya konvo, kami ni mengadala nak lalu PLUS Highway tu kan.. padahal bole je lalu jalan lain balik ke rumah.


AES Detector ni satu application yang boleh detect AES ni sejauh 1000 meter. so dalam lingkungan sekilometer tu mende ni akan bunyi dan warning kita untuk slow kan kereta, siap tulis berapa speed limit kat area tu. Semakin dekat semakin dia berbunyi dan bagitahu berapa meter lagik. Masa sampai betul betul kat AES tu kan.. saya tengok kelajuan kereta saya dalam 70km, tapi sebab kereta kat lane laju tu lebih dari had yang dibenarkan so dengan kami-kami ada dalam gambar tu nanti..heheh harap-harap tak kenelah kan..TAPI kalau keneeeee!!!!!!
OK kalau nak guna AES detector ni, korang kene ON kan GPS korang baru boleh guna. BUKAN GPS device lain, AES device lain tau.. tapi satu devices tu ada GPS dan AES system, kedua-dua ni akan menolong satu sama lain untuk kesan kat mana AES ni berada.. hehhe


Terima kasih kepada seseorang kerana buat application ni dengan jayanya.. seriuss superb!!! tapikan kalau GPS ngeng...memang susah sikitlah nak detect mende tu, ada sorang tu cakap application ni memang best tapi sebab GPS dia mereng so bila dah terlepas barulah AES detector ni dapat detect, kira terkebelakang la plak kan.. tak taula dia kene saman ke tak, takde plak dia cerita.
Saya ni bukanla reti sangat nak cerita pasal AES ni kan.. so kalau nak tahu details dan nak tahu kat mana lokasi AES ni..sila la ke paultan nye website yek.
Sesapa yang berkenan tu sila la download mende ni.. setakat ni masih free, taktaula kalau kalau lepas ni dia charge ke kan..
Ok tu je, bye!