Saturday, October 20, 2012

Mia dan lelah

Mia sebelum umur dia setahun, takde lah plak nampak dia ada penykit Lelah tapi lepas nak dekat setahun tu saya perasan kalau dia tido, nafas dia berbunyi macam berkahak, dan dia rajin batuk batuk terutamanya waktu pagi dan malam-malam masa tido.Setiap kali jumpa doktor kat klinik -klinik biasa saya akan minta doktor check kot kot dia ada ciri-ciri nak dapat lelah, tapi everytime doktor check, mesti doktor cakap paru-paru dia ok..

Saya tak puas hati so saya nekad nak tanya terus ke doktor pakar. Masa saya dan suami bawa Mia ke Colombia Hospital untuk dapatkan phemococol injection yang ke 3 kali ( masa tu Mia dah setahun) , saya ada bagitahu doktor apa yang saya risaukan pasal anak saya seketul ni, so doktor ni check paru-paru Mia dan setakat yang dia check..dia cakap paru-paru Mia ok takde masalah, Doktor Pediatrik tu kalau tak silap nama doktor tu Dr.Mohan dia ade la bagi penerangan pasal penyakit lelah ni pada kami, antara punca anak-anak dapat lelah adalah faktor genetik, kalau ikutkan.. antara saya dan suami, suami yang ada sejarah lelah ni masa kecik, tapi sekarang dah takde. dan berkemungkinan besar Mia bakal ikut jejak babah dia,lum habis sesi konsultasi, doktor ada bagi satu ubat ni minta Mia habiskan, dia cakap kalau nafas Mia masih bunyi berkahak dan masih batuk-batuk lagik, maknanya Mia memang ada penyakit lelah..aihh saya dah risau dah masa tu.. ubat dah habis makan tapi nafas Mia masih berbunyi haihhh susah hatinyaa
Dan akhirnya masa bulan puasa haritu, Mia susah nak nafas waktu malam dan selalu menangis, bila tengok dia nangis tercungap cungap saya jadi sedih sangat, saya tak tau nak buat apa.. say adah letak vicks kat dada dan belakang dia siap letak kat tapak kaki dia nak bagi dia warm. kaki dia saya akan stokinkan, sebab dia tak boleh bernafas kalau baring, nak taknak, saya kene dukung dia dan bagitahu dia suruh tido kat dada saya.. harap harap dia boleh bernafas dengan baik dan dapat tido.. syukur sangat-sangat at last dia dapat tido walaupun saya terpaksa tido duduk. Sepanjang Mia tak sehat tu..memang saya tak cukup tido sebab nak jaga Mia. seminggu dua jugakla.. saya selalu jugakla berulang alik dari ofis ke rumah bawa Mia ke klinik untuk amik gas. dan sebab terlalu penat sangat, saya pun terjebak demam..
Dan sekarang ni kalau Mia kena lelah jek, saya akan tido duduk sambil dukung dia dan monitor dia.
Sejak Mia kena lelah ni..banyak bende yang saya dan suami tekankan.. dari segi kebersihan rumah, memang satiap harila kami menyapu dan mop rumah just nak makesure rumah kami tak berhabuk( suami ler yang paling rajin nyapu hee), makanan Mia pun saya pantau.. telur, susu lembu dan seafood macam kerang kene elakkan. Makanan sejuk macam aiskrim, jelly dan buah-buhan sejuk dan bercitrus pun kena tapis. elakkan Mia dari terlalu dekat dengan kucing-kucing ( sebab bulunya) dan jauhkan daripada orang-orang yang merokok ( nasib baik babah Mia tak merokok)
 Saya ada baca serba sedikit info pasal lelah kanak-kanak ni kat website ni http://www.hamidarshat.com/anak-kesihatan-informasi-165/171-lelah-asthma.html

Harapan saya... mestila sebagai ibu saya nak anak saya sihat dan doa saya untuk anak ibu seketul ni, semoga sakit lelah dia akan sembuh dan jadik aktif seperti sediakala. :)