Wednesday, January 25, 2012

Izinkan saya berkata sesuatu

Saya mo buat teguran..ijinkan la..
tadi tengahari saya pegi satu Telco ni... sangatla hebat dimata rakyat Malaysia.. yaa!! service dan package yang ditawarkan sangat bagus. itu sebab la saya bertukar dari telco 'M' ke yang baru ni.. tapi saya tetap kekalkan nombor saya tu supaya senang reporter carik saya.. mak kan glemer..( motip??)
Saya mo buat pembayaran broadband kebetulan saya langgan sama Telco untuk no fon saya, 1st..saya buat drive thrue..kununnye "alaaa kejap je ni.. " setelah diberi no ic saya kat kaunter drive thru tu, cik cust service pun carikla akaun saya.. jawapannye.." cik, yang ada atas nama cik cuma no fon cik je, braodband takde.." MANA MUNGKIN??? so saya kata kat dia, saya nak masuk ke dalam nak check one to one.. kat dalam cust service centre, saya amik no giliran.. no saya adelah 3029 no yang dipanggil 3022 so saya pun gembira la kunun2 no saya akan naik dengan segeranya..hrmm 5 menet 7 menet 15 menet 30 menet 45 menet... aikk?? lama nyee..apa yang saya nak cakap kat sini;

1. yupp memang ramai orang masa tu tapikan ko dah tau ramai orang pekata ko buka kaunter lagik..cuma 4 kaunter je buka dari 10 kaunter.. ( jangan bagi alasan takde staff plak) YEEE waktu lunch, rasanya dah tau kan kalau time time tu adelah masa kritikal sebab orang akan ramai datang masa tu.

2. Aikk?? adekah sistem di dalam dan diluar ( drive thru) tidak sama? sila bagitahu..bukan kah drive thru itu adalah utk memudahkan kami ( customer)?

3. Sila la ajar customer service staff anda untuk senyum.. muka masing-masing dah cun dah ( seriesss memang semua cun).. tapi saya lagik suka kalau ke'cun'nan tu menjadi manis dengan senyuman anda yang menawan.. saya yang perempuan pun boleh cair. Kerja anda berdepan dengan pelanggan ( kemungkinan pelanggan yang bermasalah dan banyak kerenah) dan anda pun sedia maklum masa anda terima tawaran bekerja tu kan.

kesudahannya..saya berjaya juga bayar bil saya.. tapi hati panas sebab saya dah lapar, saya dah terlepas waktu lunch saya.. saya membazirkan masa saya, ( nasib bos cuti kalau tak matik saya nak menjawab...eeerrr jap!!! mak tiri ada masa tu..aduyaii ampun la ye kak) perlu la ada pembaikan cust service anda ye.. package dan cantik, service telco pun hebat..marketing walllaaa!! ( sampai saya terpengaruh..manala tau dapat hadiah jatuh dari langit macam kat iklan tv tu kan.. ;p ) .. kalau mana perlu baiki sila la baiki bagi menjaga kualiti dan mutu anda, saya hanya menegur dari sudut pelanggan.. harap dapat pertimbangkan..

itu jek..Sekian,

"masa itu emas"
ikhlas dari..
pelanggan anda yang lapar