Tuesday, August 9, 2011

Surat Mia untuk Babah

Dear Babah,




How are you babah? Babah sihat..? kaki Babah amacam? ada ok?


Mia nak tanya ni..


Ibu cakap, minggu ni start hari senin sampai khamis babah makan kat hotel, betul ke? Ibu cakap lagik, babah bagi jadual makan babah kat hotel mana babah makan..


1.Isnin- hotel kat dengan The Curve..ibu lupa nama hotel tu


2.Selasa- babah makan kat hotel 'Cit'


3.Rabu- kat hotel 'Ar' plak


4.Khamis- kat Hotel 'L' ( yg kat The Mall tu..)








wahhhh!!! padatnye jadual makan babah!!!










Ibu cakap lagi babah makan bes bes kat hotel sebab kat hotel tu dorang bagi makan letak letak kat meja pastu kita pilih mana yang kita nak..betul ke babah? kalau macam tu, ada tak makanan untuk baby macam Mia? Mia nak makan susu Anmum plak la Babah, asik-asik Dulac, Mia dah busan la..sekali sekala Mia nak gak tukar rasa susu.. dulu masa kecik-kecik Babah bagi Mia minum S26..tapi sebab Ibu takut Mia jadik bulat, Ibu tukar susu Dulac plak.. Ibu ni!!



Mia ada tanya kat Ibu, nape Ibu tak ikut Babah pegi makan sedap kat hotel, Ibu cakap " apa kes makan kat hotel bla bla blaaa...." Ibu cakap paling cekai pun Ibu nak makan buffet yang satu kepala RM80++ ke atas.. dia kata tak mainla RM80++ kebawah.. kata Ibu, kalau yang RM80++ ke bawah takde kambing golek..? Babah, kambing golek tu apa babah? Kambing tu tido golek-golek ke? Ibu tu high taste ke babah? atau Ibu jeles dengan jadual makan Babah yang padat tu?



Mia kan..Mia suka je Ibu takyah pegi makan kat Hotel, sebabnya Mia nak main dengan Ibu..lagipun haritu Ibu cakap Ibu nak diet..(kunun!) yelaaa masa Mia dalam perot Ibu, Mia mintak macam-macam kat Ibu, nak makan itu laa nak makan ini la... Kesian Ibu..Eh! bukan babah ke yang semangat nak kuruskan badan? Laaaa....Mia lupa nak minta kat Ibu blackberry henpon masa Mia dalam perot Ibu.. ( kenapalaaa Mia minta terubuk ikan masin-Sarawak je..!!) Senang siket Mia nak bbm dengan Babah nanti, Bole masuk perot Ibu balik tak Babah? Mia nak Blackberry henpon laa :p



Babah, tadi Ibu bagitahu nanti nak dekat Raya, Ibu nak buka pose dengan kawan-kawan.. dia dah book satu restoren hebat kat The Garden, Mia tak kesa, asalkan ada orang jaga Mia, yelaa nanti kalo Mia berak sapa nak cebokkan? Hrmm...Babah jaga Mia la..Babah kan dah tere jaga Mia..Mia berak haritu Babah dah bole baso..Babah hebat!!



Okla Babah, Mia nak tido, nanti jangan lupa ingat kan Ibu suh peluk Mia masa tido. APA?? Babah nak Ibu peluk Babah gak? alaa Babah takyahlaaa Babah dah besa..mana bole peluk-peluk dah, Mia kecik lagi..Mia takpe..



Babah, Mia love Babah. Good Nite!!




JAP JAP JAPP!!!!

Babah!


Ibu pesan, dah tengok Transformers tu jangan lupa tutup suis tv.. Babah jangan plak golek-golek cam kambing golek kat depan tv tu lama-lama tau..



Sekian, dari Mia..



Berkhidmat untuk negara,

Mia



wassalam ( lupa nak bagi salam kat babah tadi.. tetiba je dah wassalam)




p/s: Babah, Ibu cakap Ibu dah cun? betul ke Bah? Cun tu apa..?

No comments: