Friday, April 5, 2013

Gold Coast dot dot dot


Last week kami decide nak bawa sikecik ni bercuti.. alasan bercuti? sebab tak dapat pegi     Penang last year..kami suami isteri adalah peminat tegar makanan Penan
g.. so agak frustrated la tak dapat kesana tahun lepas.. apakan daya ada masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Tapi Insyallah kalau ada rejeki tahun ni.. kami akan ke sana..
Ok..berbalik pada cerita jalan-jalan kami..
Dengan hanya melabur duit suami sebanyak RM150 sebab beli vouncher kat  www.streetdeal.my  saya berjaya beli vouncher Gold Coast Morib untuk 2 hari 1 malam, kami dapat studio suite with private jacuzzi, buffet breakfast, buffet dinner untuk 2 orang dan tiket masuk water theme park.
Before sampai ke hotel kami singgah ke pantai Morib dulu sebab perot dah berdondang sayang. 1st impression masa sampai sana... wowwww sudah maju!! sudah bersih, ada kedai makan yang bes.. ada playground untuk Mia bersukaria dan.. ada sotong bakar yag superb sedappp nyum nyumm..!!
Walaupun Banting merupakan kampung halaman Abah tapi sejak Tok perempuan dah takde, kami dah tak pernah tido sana.. kiranya saya balik dan tido kat kampung la ni.. setahun sekali adalah wajib ke kampung halaman Abah untuk melawat sanak-saudara ehehehee
Dah kenyang haruslah kita mencari lokasi hotel tersebut dan lepas beratur panjang check in selama lebih kurang sejam, barulah kami dapat bilik. kenapa sejam baru dapat check in?? Mau taknye.. ramai la plak nak redeem vouncher belian online.. ada yang beli vounche kat mydeal la.. groupon la.. livingsocial la.. streetdeal la.. hee Tapi kami ok jek, sebab dapat bilik best dan tak budget la dapat bilik macam tu, lokasi betul betul mengadap theme park tu, lepas tu katil adalah ala-ala orang honeymoon.. cukup untuk kami bertiga.. nasib king size.. hehehe
Water theme park nye taklah macam water theme park kat Sunway Lagoon tu tapi setakat nak berseronok dengan anak-anak tu dah kira okla kan.. Mia dan babah adalah orang yang paling enjoy main air.. Mia dah berani jalan dalam kolam tu tanpa pegang tangan and ofkosla ibu dan babah kene monitor sikecik ni supaya tak tergelincir ke apa ke kan.. untuk rekod, setakat hari tu Mia dan tergelincir 2 kali kat kolam kanak-kanak, tenggelam satu badan sebab tergelincir.. budak kecik ni bukan reti serik.. lagik dia main air adalaaa.. agaknya dah di train oleh babah dia kot masa kat rumah.. Ibu adalah superrr pemalas nak bersukaria bila dah full hijab ni.. kalau dulu before kawen, asal nak mandi kolam ke apa ke.. terus cabut tudung then pakai seluar pendek huhuhuhu tu namanya pakai tudung auta..heheh tapi sekarang tak bole.. dibawah tanggungan suami... bak kata suami " dosa awak, saya yang tanggung tau..!"
Bab makanan plak.. untuk buffet dinner saya cakap ok je la kan.. jangan terlampau aspect makanannya adalah setaraf hotel 5 bintang, jangan mimpila ada kambing golek ke.. ayam golek ke.. oyster mentah yang letak thousand island ke..huh..itu mimpi pergi jauh jauh..shuhhhh shuhhh!!. tapi oklaaa macam-macam jugakla makanan yang ada.. ada nasik, lauk pauk 6-7 jenis, ada dimsum, ada mee goreng, mee kari, ada dessert.. bermacam-macam kek, fruits, bermacam-macam jenis jelly, aiskrim..boleh pilih.. perisa coklat, strawberry dan vanilla, ada kudapan-kudapan cokodok, jejemput, muffin..dan salad.
Breakfast standard la kan.. ada bubur nasik, ada mee goreng, kalau ada roti ofkosla ada planta, kaya dan strawberry jem dan toaster, ada fruits, ada chee chong fun,dimsum.. kalau ada rasa feeling feeling western.. telur separuh masak, redbean, sosej, ommelete, salad dan muffin. 
OO yekk!! Jacuzzi..Mia la paling sebuk kat dalam jacuzzi tu..tak puas main air kat water theme park, balik main jacuzzi plak..nasib air jacuzzi tu suam suam.. saya suspen jugakla takut dia selsema.. tu yang lepas main air tu saya sapukan vicks pada badan dia. Malam tu Mia tido lena..siap sepak sepak ibu dengan babah dia lagik.
Berapa bintang nak bagi ni kat Gold Coast Morib Hotel? Oklaa saya bagi 3 1/2 bintang dan kalau diberi peluang untuk datang balik ke sini.. saya akan datang.. hehehee tapi saya nak harga RM150 untuk semua di atas.. hehehe bolee??