Wednesday, December 11, 2013

Sabah bah

2 minggu lepas aku, Pechal, Mia, Parents in law, makcik dan anak buah pergi ke Sabah.. so total dalam 7 orang gitu. Ni kira macam rombongan Cik Limah ke Sabah lah ni...  
A week before nak pegi tu macam-macam aku kene buat.. kene confirmkan sewa kereta selama kami kat sana nanti, kene confirmkan rumah penginapan kat Kundasang, confirmkan taxi yang nak amik kami dari rumah ke KLIA. cari keperluan anak, suami.. dan last sekali, 2 hari sebelum berlepas kene check in flight.
Bertolak dari rumah aku dalam pukul 5am. On-time sungguh taxi tu, pukul 4.45am pak guard kat rumah aku tu dah call bagithu taxi dah sampai. Aku book taxi seminggu awal, sehari sebelum tu dorang call bagi no plat taxi dan drivernye sekali. Sebabkan pukul 5 pagi, dorang charge lewat malam la kan.. so dari Cheras ke KLIA dorang charge RM168.00 naik Taxi Premium Innova yang sangat selesa.. aku kan jakun bila naik kereta-kereta besar ni, tetibe Pechal kata nak beli Serena.. aduii kenapa dia sebut Serena..?? kenapa tak Alphard terus??? Kalau estima ke kan..suke jek aku..huhuh ok sambung cerita.. flight kami berlepas dari KLIA dalam pukul 8.05am dan sampai sana dalam pukul 11.30am. Nak puji jugak kat kereta sewa ni.. datang ontime, sebelum buat serahan kereta dorang minta kita check dulu..yang calar-balar, yang kemek-kemek, enjin ok ke tak..semua la kitorang kene check sampailah puas hati. Lepas check condition kereta tu... kami gerak ke Bandar KK utk beli barang makan sikit untuk bawa ke Kundasang, so ding dong ding dong kami gerak dalam pukul 1pm gitu then sampai Kundasang dalam pukul 3.30pm. Tapi before sampai ke Kundasang, kami ke Pekan Nabalu untuk beli beras Bario..nak bagi family rasa keenakan, kelazatan dan kelemakan nasi bario huhhuh
 
  




Sikecik ni bangun-bangun dari tido nangis.. mamai lagikla kot.. asyik nak berdukung bagai..sudahnye TokMa dia belikan monyet pink.. so suka la dia kan.. terus nak berdiri pulak.. legaaa ibu huhuhhu


 
Dah nak sampai ke Pekan Kundasang dah time ni.. so ingat nak beli sayur dulu buat masak utk dinner nanti.

 
Lepas beli sayur, bole pulak tetiba Bapa Mertuaku nak beli ikan kembong.. so memula nak ikan sekilo..sekali tengok ikan tu banyak sebanyak-banyaknyee.. aku minta setengah kilo jek..still banyak jugak..ada la dalam 15 ekor gitu..haa sapa nak makan banyak tu?? Kami amik jugaklah kan.. kesian pulak kat penjual tu..dahlah sekilo baru RM5, ni 1/2 kilo dorang jual RM3, kalau kami amik 3 ekor je..berapa sen la dorang nak jual kat kami kan.. 15-15 ekor ikan tu kami goreng semua dan esoknye kami buat nasi goreng.. sedap jugak.


Yang sayap ayam ni WAJIB ek beli kat Sabah... tapi tak semua tempat sedap.. haritu aku makan sayap kat Tanjung Aru food court tu..seriusss tak sedap.. yang sedap kat Medan Selera depan Promenade Hotel tu..TERBAIIKK

Kami check in kat Kiram Village http://kirams-village.com dan pilih Cabbage Cabin, Cabbage Cabin ni 2 tingkat. Tingkat atas tu macam loteng la kan.. ade la katil size Queen punye. Ada 1 single size dan double decker. Aku tambah satu set tilam+bantal+selimut lagik untuk makcik aku. Nak bagi semua selesa.. Macam biasa Mia tido dengan ibu dan babah dia lah kan.. Selain katil.. Cabin tu ada dapur untuk memasak siap pinggan mangkuk bagai, peti sejuk dan tv.

 
Pemandangan semasa nak on the way ke Kiram's Village dari Pekan Kundasang.
 
 

 
Cabbage Cabin
 

 
 
Pemandangan di waktu Subuh jam 5.30am dari loteng Cabbage Cabin
 
 
Lepas solat Subuh, aku buka la pintu beranda kat loteng tu kan..cantik nyeeee pemandangan lepas tu agak-agak dah nak cerah dalam pukul 6am cenggitu, aku kejutkan semua orang suruh keluar amik gambar, sebabnye..pagi-pagi tu awan tak banyak lagik so bole la amik gambar gunung Kinabalu.
 
 
Model diatas adalah ibu mertua ku yek...
 


 
Kami check out dari Kirams Village lepas breakfast sebab nak pergi Desa Farm nak tengok lembu dan nak feeling feeling macam kat New Zealand..bole??

Gambar diatas adalah gambar sepasang suami isteri yang semakin matang yek.. paham paham sendirik la .... Cayang Pechal hohohohohoh tetibee!!

Masuk ke Desa Farm ni kene bayar..tak silap RM4 untuk orang dewasa, budak-budak aku tak perasan pulak berapa kene charge kan.. adalah jumpa anak-anak lembu, kambing dan yang seberadik dengannya. Okla..kan..orang bandar dapat tengok lembu, bukan selalu dapat jumpa kan huhuhuhh lepas tu amik gambar banyak-banyak.


 
 






 
Next destinasi ke Ranau pulak.. kami ke Sungai Moroli,Kampung Luanti Ranau sebab nak ber'fish spa' dengan ikan-ikan besar ada yang sebesar lengan Pechal pun ada.. Ikan-ikan kat situ kalau orang Sabah panggil ikan pelian tapi kalau orang semenanjung panggil ikan kelah. Kat situ kau boleh main dengan ikan tu, kau boleh belai, pegang dan bagi makan..tapi jangan sesekali tangkap ikan tu, sama sekali tak dibenarkan ok! .
Nak masuk ke tempat tu orang dewasa kene bayar RM5, Beli tiket kat kaunter depan kat jalan masuk, lepas parking kereta terus pergi ke kaunter satu lagik untuk ambil nombor. Bila nombor dah dipanggil so boleh lah masuk ke kawasan sungai tu..dorang bagi masa 15 minit untuk 'beramah mesra' dengan ikan. ada makanan ikan dijual so boleh beli dan feed ikan tu. meliuk-liuk manja ikan-ikan kat situ. Serius ikan-ikan kat situ jinak.. dorang tak takut pun dengan manusia, lagik datang dekat dan gigit-gigit manja kat kaki kita ada la..Memula aku masuk dalam air sungai tu ikan-ikan dah berkerumun kat kaki..geli wehh geli sangat-sangat..tapi lama-lama tu rasa geli tu dah kurang so okla kan.. terus rasa jadik seronok plak huhuhuhuhu.

 

 
Mia geli nak masuk kan kaki kat dalam air..aku jugak lah yang kene dukung..dah ler kaki aku terpeleot masa nak turun tangga ke sungai tu..tengah dukung mia jugak masa tu..
berdenyut-denyut kaki aku lepas tu
 
 
 

kat jambatan gantung...untuk ambil gambar sahaja ek..
 
On the way balik ke Bandar KK, kami singgah kejap kat tepi Kinabalu Park nak amik gambar..

 
Kami sampai kat Bandar KK 2 jam lepas tu..on the way turun tu kabus boleh tahan tebal jugaklah kan.. so sesiapa yang nak ke sana nanti makesure nyalakan lampu kereta dan sila berhati hati la yek.. Jalannya cantik tapi satu lorong so hati-hati bila nak memotong. View sepanjang jalan pun cantik sangat tapi kalau lalu dalam kabus tu memang tak nampaklah kan heee.
Kami sampai kat hotel masing-masing terbongkang kepenatan.. so malam tu tak kemana..keluar pergi makan dan balik hotel sambung tido.
Esoknye lepas breakfast kami ke Monsopiad Culture Village.  Dalam pukul 9.00am kami sampai dan beli tiket, lepas tu tengok persembahan kebudayaan dulu. Tengok dorang menari..teringat zaman memuda dulu..huuu rindu laaa. Aku pernah ada kat atas pentas cenggini masa Pesta Kaamatan suatu ketika dulu..
Ok..tiket masuk ke Monsopiad Culture Village ni RM55 untuk dewasa, kanak-kanak RM15 dan warga emas RM20 je yek.. kalau kau ada bawa student card lagikla murah kan.. Ni yang aku cerita harga tiket ni semua untuk warganegara Malaysia yek.. kalau kau bukan warganegara Malaysia kau kene bayar double ok.

 
Masa ni aku tengah beli tiket..sempat lagik dorang posing tak ajak aku.. sampai ati.. aku tengok dari jauh je tauu
 


 

 
Lepas persembahan kebudayaan, akan ada orang a.k.a tourist guide bawa kita ronda-ronda kat kawasan Culture Village, Nanti dia akan cerita pasal sejarah batu ( gambar kat atas ni), pembuatan tapai, cara-cara hidupkan api tanpa guna mancis, rumah Monsopiad yang ada banyak tengkorak tu dan last sekali dia akan bawa kau pergi rumah souvenir. So bolehlah kau bawa balik fridge magnet kan..

 


 
Habis pergi Monsopiad Culture Village tu kami ke bandar sebab nak shopping..takde plak gambar shopping shopping kami.. Kalau pergi ke Sabah, tak sah kalau tak singgah ke Pasar Filipina yang jual mutiara, ikan masin dan ampang dan kuih cincin dan dan dan. Kali ni tak beli banyak sebab kebetulan bulan 3 lepas aku dah sampai sini.. dah tu penah belajar kat Borneo, so koleksi Mutiara aku banyak ok.. so dah tak kesah..
Itu jela cerita Sabah aku..kesimpulannya kalu tahun depan nak ajak aku pegi Sabah lagik ..aku sukeee jekk... ok bye!