Sekarang ni baca kat berita macam-macam dah naik.
Naik..naik..naik.. aku pun dah pening kepala, macam-macam nak kene membayarnya..
So, mari kita tengok rangka perbelanjaan aku untuk tahun 2014.
Pembentangan untuk belanjawan 2014 kat Pechal:
Ni aku kira untuk sebulan punye budget..
1. Kereta-kereta RM1,500
2. minyak Kereta RM450
3. Minyak Motor RM150
4. Barang Dapur RM350
5. Bil Air, Elektrik RM100
6. Maintenance Fee RM180
7. Insurance RM550
8. Pampers Mia RM100
9. Susu Mia RM60
10. Toys/book Mia RM60
12. Supplements RM300
11. Loan Rumah RM1,000
12. Saving RM520
13. Tolls RM120
14. Credit Cards RM2,000
15. Duit poket RM 500
Yang bukan bayar bulanan:
1. Road tax Insurans Kereta-Kereta RM2,000
2. Road tax Insurans Motor-motor RM1,200
3. Yuran sekolah Pechal RM12,000
4. Buku sekolah Pechal RM2,500
5. Vacation RM10,000
6. Insurans Rumah RM200
7. Ubat-ubatan RM1,000
8. Hari Raya RM4000 tolls,angpau,baju raya,kuih raya,open house, minyak kereta, duit belanja kat Singapore
9. Cukai Pintu RM220
8. MISC RM7,000 untuk setahun
Yang kat atas ni adalah ANGGARAN SAHAJA yek.. kalau ada lebih..kita simpan, kalau terkurang..pandai-pandailah kawal..
Belanjawan bukan dari aku sorang.. ni belanjawan suami siteri hehhee..
Ni kalau aku sorang ni mau pengsan nak bayar.
Yang aku kira ni belum masuk kalau-kalau Mia dapat adik sorang lagik.. eheee doakan la yek, saya nak anak lagik.
Dulu ada propose nak masukkan Mia ke playschool tapi macam babah tak setuju..alasannya Mia kecik lagik.. hrmm..yela kot so aku remove budget tu dalam 2014. 2015 nanti aku masukkan balik sebab masa tu Mia dah umur 4 tahun.
Bila aku tengok belanjawan ni kan..duit gaji kita ni memang purposely untuk bayar hutang je.. kalau ada bonus ke, insentif ke, back dated increament tu.. syukur sangat-sangat..
Dulu masa aku bujang-bujang aku rasa aku takyah nak pikir semua ni.. Nak beli barang on the spot beli..takde nak pikir panjang..tapi sekarang..Kau kene jimat-jimat, kau kene pandai main duit..
Ahli keluarga aku baru ada 3 orang.. tak taulah kalau yang berkeluarga besar ni.. yang anak nye ada lebih dari sorang.. sure terasa sangat kan.
Apapun..rezeki yang diterima, kami tetap bersyukur.