Thursday, December 5, 2013

Kerisauan Saya

Aku ni dah macam mak-mak la pulak kan.. risau sana risau sini.. sekarang ni selalu pikir bukan-bukan.. selalu macam risau-risau gaban.. kalau dulu aku ni main aci redah jek.. la ni takde dah.. mesti macam risau-risau..
Sekarang ni family baru ada 3 orang ahli termasukla aku kan.. so yang babah nye dengan style macam ni.. yang Mia nye dengan style macam tu.. Ni kalau adad rezeki sorang lagik.. kerisauan aku akan terbahagi kepada 4. Yelakan dulu bujang cuma jaga diri jek.. ni dah kawen nak kene jaga semua.. sekarang barulah aku tau dulu-dulu..kalau aku balik lambat dari sekolah, abah aku dah berdiri depan rumah tunggu aku.. masa tu aku mana pikir yang dorang risau ke apa kan.. yang aku tau kalau aku balik lambat rotan Abah yang panjang menjela tu dah ada kat tangan dia. Kalau alasan kau balik lambat tak munasabah memang kene zzzaaapppppp!!! tak pun kau kene pial telinga.. dah sebab aku paling tua..aku la yang paling banyak kene.. hheeeee
Ok..sebenarnya nak citer bende lain tapi melalut pulak kan.. Ni la sebenarnya.. bersempena dengan hobi suami tercinta aku ni kan.. aku sebenarnya risau la jugak dengan cinta hati aku tu.. pakcik tu dah terjebak dalam dunia permotoran sejak dibangku sekolah lagik.. so kalau nak halang pun takleh dah sebab aku pun 2 kali 5 minat moto.. cume lately ni aku selalu la dengar berita berita tak best pasal rider yang bawa moto berkuasa tinggi ni.. Eksiden bagai.. eksiden sana sini.. aihh risau la wehh.. berapa kilometer sejam la kan dorang bawa tu ek.. setakat ni dari intaian aku selama aku jadik pilion a.k.a penunggang.. Pechal setakat ni paling maksimum dia bawa 160km/jam. aku tak taula pulak kan kalau aku takde kat belakang dia.. dia bawa laju mana.. tapi seriuss wehhh bole tahan seronok  cuak gakla sebab laju nye. Penah bawa kereta selaju 160km/jam tak.. so boleh teka la macam mana rasanya laju tu kan. Inikan pulak moto yang takde ekon.. yang takde seat sandar, yang memang terdedah dengan angin yang bukan dari kalangan sepoi-sepoi bahasa. kekadang tu aku siap pelok Pechal aku kuat-kuat lepas tu tundukkan kepala nak elakkan kan angin.. nasib Pechal gagah perkasa so boleh la cover aku yang kat belakang ni. Aku ni kan.. setiap kali nampak Pechal pegang jacket hitam nak keluar rumah tu.. aku dah risau-risau dah.. dah konpom konpom dah dia akan naik moto gajah dia tu kan. Aku mesti doa-doa supaya dia selamat. Sapa tak sayang suami kan huk huk batuk jap.
Pechal penah jek eksiden moto masa bulan puasa 2013 yang ke 3 hari. Aku dapat call dari dia petang tu.. line tak berapa nak clear so aku ingatkan dia tanya aku dah kat mana kan.. dalam otak aku terpikir mebi dia nak tanya lauk apa nak masak.. tapi apesal background bunyi handphone dia tu macam atas jalan raya jek.. macam ramai orang jek..macam bising jek.. so aku assume dia kat bazaar Ramadhan la kot.. sekali pakcik ni jerit cakap " SAYA EKSIDEN LAAA!!!" aku yang tengah bawa kereta tadi terkejut beruang dan otak ni dah pikir bukan bukan dah.. dahla jalan dah start jammed masa tu.. aku rasa macam nak lompat dari kereta lepas tu larik ke tempat eksiden dia.. masa tu pikir kalau lah ade tangan yang besaaaa macam dalam iklan tv suatu ketika dulu.. aku akan call tuan punye tangan tu kasik pinjam kejap..angkat kereta aku terus letak kat tempat Pechal eksiden tu. Sebab tempat eksiden Pechal tu tak lah jauh sangat dari tempat aku terima call dari dia. Dia suruh datang amik dia.. (Dia eksiden kat jalan masuk ke Batu 9 lepas grand saga tol.. lagik 2 kilometer jek nak sampai rumah kami). Aku sedaya upaya nak bawa kereta laju.. tapi memang tak la kan.. kereta kereta banyak so bawa pun macam kura-kura.. dalam 5 minit macam tu.. Pechal call balik cakap takyah amik dah sebab ada orang willing nak hantar dia ke hospital.. dia cuma bagitahu kalau boleh alihkan moto dia ketepi sikit.. aku?? aku?? aku nak alihkan?? tau tak berat ya rabbi moto tu.. kudrat aku tak mampu.. tapi besela.. cintan punye pasal ikutkan ajela kan.. tapi bila sampai kat tempat kejadian tengok dah ada orang alihkan.. abang-abang moto kot yang lalu lalang kat situ..
Aku balik amik Mia kat rumah MIL cepat-cepat ingat nak balik rumah japkan.. sampai-sampai rumah tetibe pintu terbukak.. aku tengok Pechal tersengih sengih.. bole pulak dia sengih ek.. aihh. bukan kata pegi hospital ke? Dia citer dia langgar kereta saga then terterbang ke cermin kereta belakang tu lepas tu kepala dia terhantuk kat cermin tu then cermin tu pecah..dia golek golek atas jalan raya.. aku tengok dia cuma lebam lebam jek tapi aku cuak jugakla kalau ada luke dalaman kan.. kata kepala terhantuk kat cermin. seluar dia koyak rabak. habis tertetas seluar tu.. nasib baiklah dia pakai jaket keselamatan ( tah pakai ke tak aku tak sure) dengan halmet yang elok. Kalau tak.. aduhhhh susahh nye hati aku.. tapi lepas tengok dia tak teruk aku lega la sikit kan.
Kekadang aku terfikir.. yang beli moto besa ni kan.. dah penah ada pengalaman tak bawa moto kecik dulu.. maksudnya.. kau belajar bawa 100cc dulu lepas tu bawah 250cc dulu lepas tu barulah 500cc keatas.. Lagik satu.. dorang dah prektis ke belum masa bawa tu..kasi 2-3 bulan berlatih dulu ke lepas tu baru pegi jejauh huuhuuhhu..memanda- mandai je aku kan..
Eh tapikan ada sekali tu aku ikut Pechal pegi kedai yang jual moto gabak dia tu kan.. dia nak amik barang moto la kan. ada satu mamat ni baru beli moto yang sama macam Pechal cuma warna jek la lain.. dari jauh aku nampakla dia tunggang motor tu.. tapi masa dia berhenti boleh plak tetiba dia jatuh kan.. dan bila dia bangun aku terkejut besa.. sebab apa? sebab moto tu tinggi dia tu rendah.. macam mana nak bawa nanti?? dia prektis bawa moto baru dia kat depan kedai moto tu tapi still jatuh jugak.. orang kedai moto tu dah rendah kan habis dah moto baru dia tu tapi still kaki dia tak sampai.. cecah jari hujung pun tak smpai langsung tau.. aku takleh imagine kalau dia berhenti kat traffic light kan.. bahaya tu..dan memang pun terjadik, masa kat traffic light dia jatuh sekali lagik.. Kesian sangat. Nasib baik motor dia dah pasang slider siap-siap so taklah calar balar moto tu kan..
Motor tu berat wehhh seriusss.. even kalau kau nak undur kan motor keluar dari parking pun kekadang tu perlukan orang utk bantu.. selalunye aku la yang punye keje tu tarik moto tu keluar dari parking huhuhuh. Tak tau apa jadik dengan dia lepas tu.. harap dia selamat la kan.

Kesimpulannya kene lah hati-hati yang kawan-kawan.. tak kira lah moto besa ke kecik ke sederhana ke.. please please please hati hati yek..orang yang expert bawa moto pun boleh eksiden inikan pulak yang baru berjinak-jinak. Itula kisah kerisauan saya pada hari ini ye kawan-kawan.. Kerisauan ini lebih ditujukan pada Abang Pechal sayang yang dicintai. Untuk suamiku.. " Pandu dengan Bijak.. Ingatlah orang tersayang" cewwahh!! sekian.