Thursday, October 13, 2011

cik Mia sayang..dah 5 bulan




Macam biasala every month kene bawa Mia check up untuk tengok ketumbesarannye..hehehe ayat skima.. tapi this month Mia kene amik injection 3 serangkai dan memungkin kan dia demam siket..yeee selepas itu cik Mia kita meme demam ye tuan tuan dan puan puan.. tapi syukurla anak saya ni kuat semangat.. tak nangis pun cuma larat tak larat je.. nasib baikla saya cepat bagi ubat demam.. agak-agak dia dah start nak panas badan, saya amik cool fever tepek kat dahi dia PLUS saya lap badan dia supaya suhu badan dia turun.. hasilnye.. Alhamdulillah dia kebah keesokkan harinye..




Kesian tengok dia masa demam.. gigih gak nak main dengan toys dia.. pegang pegang permainan dia pastu berehat kejap pastu main pastu berehat..haihh anak ibu ni.. ibu sedey plak. Ibu dah janji pada Mia, kalau Mia dah sihat sikit petang nanti, ibu nak ajak Mia beli toys kat JJ.. and seperti yang dijanji kan, saya belikan la dia toys.. ( sebenarnya redeem vouncher yg IRIS bagi RM100 tu ahaks!!)




Beberapa hari sebelum tu saya dan Pechal ada terkena selsema..suspen gak la kan takut Mia kene.. saya doa sangat-sangat janganla Mia kene selsema dan Alhamdulillah doa saya termakbul.. doa Ibu kan...




Saya agak bengang gak ada sesetangah orang cakap.." haaa ni confirmla Mia kene selsema sebab mak bapak dia kene....bla bla bla" well..harus diiingatkan janganla sesekali menceluparkan mulut anda dengan kata kata sedemikian, nescaya anda telah mengkecilkan hati insan yang bergelar ibu seperti saya, saya rasa bukan saya je..ibu ibu diluar sana pun sama..perkataan "CONFIRM" tu harusla di keluarkan dari ayat anda. ohh yek..saya adalah cikgu sambilan bahasa melayu dan prinsip akaun serta sains.. saya boleh menvolunteer kan diri untuk ajar bahasa-bahasa indah secara percuma..percayala..ianya berkesan.




Pesan mak pada saya.."jaga mulut, jangan terlepas cakap yang bukan bukan dan jangan doakan anak yang bukan bukan, doakan anak-anak kita yang baik-baik sebabnye doa seorang ibu adalah antara doa yang akan dimakbulkan oleh tuhan dengan segera.."




untuk anak ibu...Nur Qaseh Miasara..ibu nak Mia tau yang ibu sayangkan Mia, jaga akhlak dan budi perkerti baik-baik, hormati orang yang lebih tua. selamat hari yang ke 5 bulan.. anak ibu ni makin cerdik.. eeeeeeeeeeeee ibu love Mia la..muakss




p/s: ayat ai kali ni seriussss...auwww!

No comments: