Monday, May 20, 2013

Birthday Party Mia

Date: 18th May 2013
Venue: KFC Aeon Ampang ( Carrefour)
 
Birthday Mia ni dah lama dah kitorang rancang tapi venue tu tak confirm kat mana.. memula tu konon-konon nak buat kat Yukidz The Curve...bincang punye bincang aduyaii..jauh gile.. lagipun tak boleh masuk seberapa ramai orang kan.. Sebabnye..confirm-confirm yang datang nanti orang dewasa lebih dari kanak-kanak.. takkan orang dewasa nak main playground kat sana kan..
Lepas tu macam nak buat dekat Kidz sport and gym, Great Eastern.. Banyak sangat pulak la terms & condition nye.. tak bole itu tak bole ini.. so macam tak seronok.. fikir-fikir balik..nanti masa Mia tiup lilin, takde plak yang nak nyanyikan lagu untuk dia sebab bebudak sebuk main kat playground huhuhuhu
Last-last kami decide nak buat kat KFC Aeon Ampang bila kami tengok packagenye..
So kami tak payah risau pasal decoration, pasal party pack, pasal games dan sebagai nya.. semuanya ada dan manager KFC tu cakap akan ada orang jaga birthday party kami dari mula sampai habis.. yupp!! memang betul..sangat excellent!! Thank you very much!
 

 
Invitation card yang KFC bagi tu dah pun kami edarkan pada jemputan, jemputan kebanyakannya saudara mara belah Pechal, adik-beradik aku dan kawan-kawan yang terdekat sahaja. Kalau ikutkan hati memang nak ajak semua.. tapi tu la..kami buat ikut budget yang ditetapkan oleh Pechal huhhuhu ( sebab duit dia yang keluar)
 
 
Seminggu sebelum Birthday Party tu.. akula paling sebuk..tanya confirmation jemputan, buat hadiah, buat deco untuk candy bar.. Pechal? dia sebuk dengan study nye so takde masa nak uruskan semua tu.. walopun KFC dah sediakan hadiah untuk kanak-kanak tapi macam tak bes pulak kalau tuan rumah tak bagi ole-ole.. so hari itu kanak-kanak akan dapat hadiah dari kami satu dan dari KFC satu.  
 
 
 
 
On that day.. kami sampai awal sejam dan nampak staff KFC tengah sebuk buat persiapan.. En Shamsuri KFC party planner yang uruskannye.. so kami datang cuma deco untuk candy bar itu saja.
Temanya adalah bebas tapi sebab KFC letak banner Jungle SAFARI so candy bar nye ala-ala gitula.
Nak buat Birthday Party Mia ni macam nak buat kenduri kawen anak rasanya.. aku punyela tak senang duduk.. yelakan takut gak kalau-kalau jemputan tak enjoy. Kami laki bini datang dulu tanpa Mia. Kami minta Mak Abah ( belah aku) bawa Mia jam 3.00pm.. yela..sikecik tu tak berapa habis sihat so kenelah makesure budak tu betul2 strong masa birthday party tu.. aku siap bagi makan ubat selsema dengan batuk 5 jam before party mula.. dia tidur lama jugakla..


 
Candy Bar ni.. cousin Pechal banyak tolong buat sebab dia banyak experience dari aku.. nasib baik dia tolong..kalau aku, mau berterabur agaknya candy bar aku ni.. thank you Maria a.k.a Atun! Coklat bar dan mineral water di taja oleh angah a.k.a Alin ..tq ngah!!

 
 
Hampir sejam diorang makan..( oo yeek.. makanan kat situ bole tambah kalau tak cukup.. so takdela malu kalau jemputan tak dapat makan..bes kan!) setelah mendapat perkenan dari aku..(cewwahhh!!) games pun mula.. ada 3 games.. 1st game dorang buat main pass-pass barang.. second games main patung-patung..eerr macam.. kau kene menari masa lagu tu berbunyi sampaila lagu tu stop kau kene berhenti macam patung.. yang ke-3 punye games.. carik barang tersembunyi.. takdelah sembunyi sangat pun cuma dorang kene cari barang-barang macam diapers, jam tangan, tali pinggang then bila dah dapat kene lari dapatkan staff KFC tu untuk amik hadiah..tapi siapa cepat dia dapatla..

 

 
Ada orang tanya kat mana aku beli kek ni.. jawapannya aku beli kat Secret Recipe je.. sangat berpatutan.. aku budget mahal gile sebab aku cari 3D kek..

 
Lepas games..acara kemuncak tiup lilin birthday kek la kan.. tapi before tu staff KFC tanya kat kanak-kanak ni nak jumpa chicky maskot tak? kalau nak kene jerit panggil 'chicky'.. apa lagik..budak-budak tu panggil la chicky tu kuat-kuat.. dengan aku- aku, mak budak, bapak budak pun panggil jugak chicky tu.. so bila chicky tu dah keluar.. habis budak-budak berkerumun.. sorang je taknak pegi ke chicky maskot tu.. sapa?? Mia... adeiii.. sepanjang masa Chicky tu kat sebelah dia.. bole dia menangis huhuhuh


Masa tiup Lilin je dia berhenti nangis sekejap..lepas tu bila dia kalih ( toleh) tengok ada Chicky tu..terus sambung menangis..

 Tapi bile dapat hadiah dari Chicky bole plak dia diam kejap.. huhuh anak... anak...


 
tangok tu.. menangis lagik huuhhuuhuu terpaksa babah duduk tengah-tengah
 
Kat bawah ni diantara kawan-kawan yang datang.. terima kasih banyak-banyak sebab memeriahkan lagik Birthday Party Mia.. harap korang enjoy!




Terima kasih banyak-banyak bagi hadiah pada Mia.. Mia sampai rambang mata nak pilih mana satu hadiah yang nak dibuka dulu.. Thank you sangat sangat..

 
Untuk Mia.. Hadiah yang tak ternilai dari kami adalah Kasih Sayang dan tanggungjawab kami yang tak terhingga pada Mia.. Mia adalah harapan kami..jadi contoh kepada adik-adik ( Insyallah kalau ada rezeki) Semoga menjadi anak yang solehah dan Ibu babah doakan Mia berjaya baik di dunia mau pun di akhirat. Amin.