Sunday, August 18, 2013

No Open House

Open House a.k.a Rumah Terbuka kat Malaysia ni sedang 'mengganas' sekarang ni. Kataaa raya kan.. so beraya sakan la kita.. Kalau weekend jek.. memang akan bz ler jalan raya.. bukan sebab dorang pegi bekerja ke apa.. tapi dorang nak pegi beraya dan pegi open house. Masa open house nila tuan rumah nak tunjuk kehebatan memasak tapi ada jugak yang jamu tetamu pakai catering. senang.. tak kecah dapur kan..Masa ni kau akan jumpa lontong, nasi kerabu, mee soto.. rendang, ketupat, mee kari, ketupat daun palas, kuah kacang, spagetti. nasi beriani, agar-agar..eh! kenapa listkan makanan ni..!!
 
Kitorang anak beranak tak mula lagik nak beraya ke rumah orang sebabnya Pechal exam. so kami pun ikut sama-sama meng'exam'kan diri jugak.. yelakan.. tak syokla pegi tanpa dia.. takde gang nak ajak borak dalam kereta, takde sapa tolong drive kereta ( heheh mengada kan!) paling bes.. orang akan tanya,, "Hana, Pechal mana..?" huhuhuuhuhu kesimpulannya tak besstt pergi berjalan tanpa suami tercinta..cewwahh! Tapi Insyallah minggu ni kami akan buat operasi besar-besaran sebab Pechal punye paper last Isnin ni iaitu harini.
Dah beraya sampai mana? Last Saturday tu je la aku bawa Mia pegi jumpa pakcik ( CikZa) kat Klang.. tu sebab pakcik aku kerja kat Penang. So sementara dia ada kat Klang tu, kami kene jumpa dia.. hhrrmm.. lama jugak tak jumpa cikZa.. haritu pun x dapat nak borak.. Petang tu pujuk Pechal pegi rumah MakCu belah Pechal..tu pun sebab rumah kat area Cheras. so tak jauh so pegila kejap. Pechal pun aku tengok macam tak duduk senang.. ntah ntah study ntah kemana kepala ntah kemana. mood raya masih ada so hati dia ntah ntah memberontak!! aku nak raya la weihh!! kenapa exam time raya?? hahahaha memandai-mandai je bini dia ni.
 
Insyallah Sabtu ni, kami nak pergi beraya rumah orang.. Pechal dah suruh list kan dah rumah sapa nak pegi.. Nak mula dari mana? yang tu kene bincang kemudian..huhuhuh minggu ni jela kami ada.. minggu depan dah berjalan. so hopefully dapat settle minggu ni.
Tahun ni dan sebenarnya tahun sebelum-sebelum ni pun kami tak buat open house. tapi kalau ada sesapa nak datang ke rumah.. kami sangatla besar hati menerima tetamu. yela kan kalau open house takleh borak dari hati ke hati...cewahhh!! so kalau nak datang bagitahu la yek.. boleh la kami masak apa patut. kalau terjah je pun bole.. tapi masalahnye.. kuih raya ada 3 jenis je kat rumah... takpe ke?
 
Oklerr..dikesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan ada perilaku saya yang menyinggung hati dan perasaan korang. yela kan.. kekadang saya ni terlebih brutal.. kekadang tu terlebih ganas.. tapi dik, ahkak ni sentimental jugak tau!
 
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. 

nota kaki: gambar kredit to Adam... thank you beb!