Tuesday, October 23, 2012

AES

Apa tu AES?? Automated Enforcement System. cewaahh macam hebat-hebat je kan.. Saya bukanla pemandu F1 so takdela risau sangat pasal kalau-kalau saya kena 'tembak' dek AES ni. ( Tapi saya penah kene saman pasal bawa laju hingga 112km kat PLUS Highway Batu Pahat on the way balik KL...bolee..?)
Memula saya tahu pasal AES ni dari Anis, masa kami on balik dari bawa Azza lunch kat Nilai. saya duduk kat co-driver kereta Anis.. tetiba masa kat area Kajang sebelum exit ke Kajang tu ada macam flash flash lampu dari sebelah kiri saya.. uikk!! ada orang amik gamba aku ke? perasannn..tapi bila Anis cakap tu adalah AES system, untuk amik gamba kereta yang bawa laju..baru saya paham.
Ok..ada satu benda best yang saya nak share dengan korang pasal satu application khas untuk detect kat mana dorang letak AES. Saya dah pun cuba semalam dan memangla sangat bessttt... nama nya adalah "AES Detector", so masa balik dari Bangi lepas tengok adik kecik saya konvo, kami ni mengadala nak lalu PLUS Highway tu kan.. padahal bole je lalu jalan lain balik ke rumah.


AES Detector ni satu application yang boleh detect AES ni sejauh 1000 meter. so dalam lingkungan sekilometer tu mende ni akan bunyi dan warning kita untuk slow kan kereta, siap tulis berapa speed limit kat area tu. Semakin dekat semakin dia berbunyi dan bagitahu berapa meter lagik. Masa sampai betul betul kat AES tu kan.. saya tengok kelajuan kereta saya dalam 70km, tapi sebab kereta kat lane laju tu lebih dari had yang dibenarkan so dengan kami-kami ada dalam gambar tu nanti..heheh harap-harap tak kenelah kan..TAPI kalau keneeeee!!!!!!
OK kalau nak guna AES detector ni, korang kene ON kan GPS korang baru boleh guna. BUKAN GPS device lain, AES device lain tau.. tapi satu devices tu ada GPS dan AES system, kedua-dua ni akan menolong satu sama lain untuk kesan kat mana AES ni berada.. hehhe


Terima kasih kepada seseorang kerana buat application ni dengan jayanya.. seriuss superb!!! tapikan kalau GPS ngeng...memang susah sikitlah nak detect mende tu, ada sorang tu cakap application ni memang best tapi sebab GPS dia mereng so bila dah terlepas barulah AES detector ni dapat detect, kira terkebelakang la plak kan.. tak taula dia kene saman ke tak, takde plak dia cerita.
Saya ni bukanla reti sangat nak cerita pasal AES ni kan.. so kalau nak tahu details dan nak tahu kat mana lokasi AES ni..sila la ke paultan nye website yek.
Sesapa yang berkenan tu sila la download mende ni.. setakat ni masih free, taktaula kalau kalau lepas ni dia charge ke kan..
Ok tu je, bye!

Saturday, October 20, 2012

Mia dan lelah

Mia sebelum umur dia setahun, takde lah plak nampak dia ada penykit Lelah tapi lepas nak dekat setahun tu saya perasan kalau dia tido, nafas dia berbunyi macam berkahak, dan dia rajin batuk batuk terutamanya waktu pagi dan malam-malam masa tido.Setiap kali jumpa doktor kat klinik -klinik biasa saya akan minta doktor check kot kot dia ada ciri-ciri nak dapat lelah, tapi everytime doktor check, mesti doktor cakap paru-paru dia ok..

Saya tak puas hati so saya nekad nak tanya terus ke doktor pakar. Masa saya dan suami bawa Mia ke Colombia Hospital untuk dapatkan phemococol injection yang ke 3 kali ( masa tu Mia dah setahun) , saya ada bagitahu doktor apa yang saya risaukan pasal anak saya seketul ni, so doktor ni check paru-paru Mia dan setakat yang dia check..dia cakap paru-paru Mia ok takde masalah, Doktor Pediatrik tu kalau tak silap nama doktor tu Dr.Mohan dia ade la bagi penerangan pasal penyakit lelah ni pada kami, antara punca anak-anak dapat lelah adalah faktor genetik, kalau ikutkan.. antara saya dan suami, suami yang ada sejarah lelah ni masa kecik, tapi sekarang dah takde. dan berkemungkinan besar Mia bakal ikut jejak babah dia,lum habis sesi konsultasi, doktor ada bagi satu ubat ni minta Mia habiskan, dia cakap kalau nafas Mia masih bunyi berkahak dan masih batuk-batuk lagik, maknanya Mia memang ada penyakit lelah..aihh saya dah risau dah masa tu.. ubat dah habis makan tapi nafas Mia masih berbunyi haihhh susah hatinyaa
Dan akhirnya masa bulan puasa haritu, Mia susah nak nafas waktu malam dan selalu menangis, bila tengok dia nangis tercungap cungap saya jadi sedih sangat, saya tak tau nak buat apa.. say adah letak vicks kat dada dan belakang dia siap letak kat tapak kaki dia nak bagi dia warm. kaki dia saya akan stokinkan, sebab dia tak boleh bernafas kalau baring, nak taknak, saya kene dukung dia dan bagitahu dia suruh tido kat dada saya.. harap harap dia boleh bernafas dengan baik dan dapat tido.. syukur sangat-sangat at last dia dapat tido walaupun saya terpaksa tido duduk. Sepanjang Mia tak sehat tu..memang saya tak cukup tido sebab nak jaga Mia. seminggu dua jugakla.. saya selalu jugakla berulang alik dari ofis ke rumah bawa Mia ke klinik untuk amik gas. dan sebab terlalu penat sangat, saya pun terjebak demam..
Dan sekarang ni kalau Mia kena lelah jek, saya akan tido duduk sambil dukung dia dan monitor dia.
Sejak Mia kena lelah ni..banyak bende yang saya dan suami tekankan.. dari segi kebersihan rumah, memang satiap harila kami menyapu dan mop rumah just nak makesure rumah kami tak berhabuk( suami ler yang paling rajin nyapu hee), makanan Mia pun saya pantau.. telur, susu lembu dan seafood macam kerang kene elakkan. Makanan sejuk macam aiskrim, jelly dan buah-buhan sejuk dan bercitrus pun kena tapis. elakkan Mia dari terlalu dekat dengan kucing-kucing ( sebab bulunya) dan jauhkan daripada orang-orang yang merokok ( nasib baik babah Mia tak merokok)
 Saya ada baca serba sedikit info pasal lelah kanak-kanak ni kat website ni http://www.hamidarshat.com/anak-kesihatan-informasi-165/171-lelah-asthma.html

Harapan saya... mestila sebagai ibu saya nak anak saya sihat dan doa saya untuk anak ibu seketul ni, semoga sakit lelah dia akan sembuh dan jadik aktif seperti sediakala. :)

Wednesday, October 10, 2012

Tanya sama pokok...

Selasa lepas dalam jam 4.00pm cenggitu, suami call cakap ada ribut petir kat rumah.. dalam hati saya cakap la "aleh, biasa la tu..takkan takut kot.." tapi bila dia cakap ada 4 pokok tumbang kat area rumah.. saya macam bingung-bingung sikit.. aku nak percaya ke taknak ek,,! sebab nye cara suami cakap tu macam nak buat lawak.. dia cakap macam gini " sayang, ada pokok tumbang kat area rumah kita, siap sepender berterbangan lagik masuk kat kolam, awak jangan risau, pokok orkid awak, saya dah selamatkan.." Saya confuse..pokok besa ke pokok kecik yang tumbang, siap bagitahu dia dah selamatkan orkid saya lagik, Dia cakap pokok orkid saya tumbang ke? ke dia cakap pokok pasu rumah jiran tumbang? aduyai... tak tau nak percaya ke tak, Sebabnye mamat ni suka sangat buat lawak serius sampai saya tak tau yang dia ni memain ke atau betul betul..so saya pun mintala dia hantar gambar pokok tumbang tu...


Ok...betullah dia cakap ada pokok tumbang..siap melintang kat laluan masuk.. Macam mana plak dengan sepender berterbangan?
Errr..... sorrry sayang..agaknya pakaian tersebut terlalu kecik maka saya tak nampak... tapi sebab kesungguhan dia meng'email'kan gambar tersebut, last last saya pun percaya,
Jiran sebelah kami, Angie siap call cakap jangan balik dulu sebab ribut teruk.. baik sungguh dia, itu guna nya jiran kan.. tenkiu very much!!!
Kat bawah ni saya letak gambar-gambar masa ribut haritu, Untuk pengetahuan korang, rumah kami ni adalah laluan angin sebab dekat dekat dengan rumah kami ada bukit bukau.Sebab tu kalau hujan terutamanya..angin nye lain macam sikit ( ala-ala tepi laut China Selatan gituw..)
Gambar kat atas ni, gamba dari traffic light ke pintu masuk kondo, kereta sebelah kanan tu terkena gak la pokok tumbang tu.. tapi bila pokok tu dah dialihkan, kereta tu kene calar jek..hehhee
TAPI..yang kat bawah ni..kesian....harap tuan kereta tabah... kalau saya? mau saya nangiss huhuuhuh

Tapi memang haritu cuaca tak berapa bagus, kami tido tak yah pasang kipas..kesejukan sampai ke tulang sumsum..( saya dgn Mia je pun) dan harini saya tengok badan Mia dah start panas dan ingus pun dah meleleh...haaaaaa anak aku dah demam, so jap balik opis nanti nak bawa dia pegi jumpa doktor. Harap harini tak seteruk semalam dan semalam..sekian.

Monday, October 8, 2012

Gatal Tangan

Saya kat ofis ni..sekarang dah pukul 7.00pm.. time time macam gini kalau takde tender nak kene buat dah lama dah saya cabut balik umah on time..ehehehehe.. tapi sebab ada tender nak kene submit minggu ni, saya kene stay up.
Tangan ni menggatal buka buka link kan... pegi le google search la apala... tekan tekan sukahati.. tetiba rasa macam gatal tangan nak tekan nama sendirik.. dan akhir nya...


jumpa gamba saya....huuuuu nak nanges tengok muka sendirik.. dulu muka bujur sekarang?? muka tembam..

Then saya pun gatal la tangan lagik.. tekan nama penuh suami... tengok apa saya dapat..!!!


ekkkkk... bia betul laki aku ni..? masa bila plak dia masuk Pertandingan Jaguh Bina Badan?? tak tau pun... huk huk