Tuesday, November 29, 2011

lalalalalalalalalalalaaaaaaaaa

Cara-cara untuk menghadapi ibu yang tetiba nak bersalin:
1. Sebelum kita suruh ibu tu bersabar, baikla kita sabarkan diri kita dulu
2. Sentiasala standby kereta, kalau bole pesan kat kawan yang nak bersalin tu, ajar cecara nak bawa kereta dia nanti, kereta sendirik tak di galakkan ek sebab time tu jela masa nak merasa bawa kereta orang hehe ( kalo dapat bawa BMW putih 2 seat tu syok woo..rasa kaye tetibe, tapi japp!!! ko sakit ke nak bawa pompuan bersalin naik kete tu, mana muattt!!!)
3. Standbykan kain batik atau tuala dalam kereta..just incase kalau jadi apa-apa laa
4. Sila la minta contact number suami kawan anda atau sesapa yang punya hubungan dengan kawan anda supaya senang anda mengekol mereka kalau tetiba kawan anda nak terbersalin dah..
5. Pastikan anda tak pengsan bila tengok banyak darah..kang lagikla nyusahkan orang, orang lain sebuk nak bersalin, ko pun nak join sekaki..
6. Sila la buat-buat muka cool walopun korang sebenarnya dah gelabah gila babas..bukan apa, nak kasi orang yang nak bersalin tu tak neves atau panik.
7. Minta kawan anda bagitahu hospital mana dorang akan bersalin dan bagila tau sapa nama doktor, supaya senang kita tolong nanti
8. Errr...silala nasihat mana-mana kawan yang agak agak dah nampak sarat beno, suh dia rehat ajela kat umah.. jangan la menbuat keje di opis.. kasik orang lain suspen and on standby je.. para ibu sila ambil perhatian, semua orang dalam ofis ini, tiada sorang pun mengambil kursus kedoktoran.
9. .. kalau agak-agak tak dapat buat seperti apa yang tertera di atas, sila la mnta keje kat department yg xde oang bersalin
10. DAN... agak-agak nak menabur bakti pada orang bersalin, tapi takut tengok darah..takut pegang takut takut itu ini, masa dia tetiba nak bersalin nanti.. ko bagi dorang kunci keereta ko dan pastu ko larikkk la..

SEKIANN

Saturday, November 26, 2011

haaaaaaaaaa... bole??



LAMAAAAA tak berblog ni, maklum laaa pemalas.. heee memang pemalas, kenapa malas? tahla..pemalas la pemalas pemalas pemalas...ok dah dah



Last week adelah hari jadi encik suami yang ke 29tahun, yeee..dia adelah beze beberapa bulan muda dari saya yek.. tapi bukan beze tahun ekk,



Untuk encik Pechal, HEPI BESDAY bebeh.. semoga diberikan kesihatan yang baik, murah rezeki dan jadi seorang bapa dan suami yang penyayang sampai bila bila..hehehee lebiu la!!!



Apa yang saya buat sempena hari lahir dia?? HAAAAAAAAAAAAA... takdelah bes sangat pun tapi ianya ikhlas dari saya ;p ;p Saya ajak lunch dim sum kat Seri Pacific Hotel yang dulu namanye Pan Pacific Hotel, pastu saya ajak dia pergi shopping apa-apa kat The Garden.. kunun kunun nak merasa shopping kat tempat orang kayala kan.. hehehe dapatla dia beli barang-barang yang dia nak.. dan sebelum tu, saya minta bos saya buat kan kek ala-ala secret recipe ( gile!! adeke suh bos buatkan kek..) sedap dan murah.. Saya nak buat surprise kek kat encik Pechal tapi dah tak surprise..sebabnye... saya amik kek kat rumah bos saya tengahari sabtu ( besday suami hari ahad) pastu saya bawa balik rumah, saya terkejut beruk tengok encik Pechal yang buka pintu, dia bole plak sengih sengih tanya sapa punye kek masa saya letak kek kat peti sejuk; hampeh betul!! saya cakapla yang kek tu untuk dia dan saya suh dia buat buat tido jam 12.00am nanti sebab saya nak buat surprise..bole..??


apa apa je la kan.. haihhhh..


Sharing is caring

Just nak share something;
http://www.americanpregnancy.org/pregnancycomplications/dandc.html

Saturday, November 12, 2011

6 months @ 11.11.11






Happy birthday cik Mia... dah besar sekarang ni yekk.. apa dia dah pandai??

1. dia pandai cakap..tapi satu ayat pun ibu tak paham

2. dia pandai golek golek.. tah mana mana tah dia golek..



3. dia dah pandai capai bende bende pastu masuk mulut..aduyaii..!! not good baby not good..!


4. dia pandai senyum..perghh ni ibu akan cair..err babah pun sama

5. dia dah kenal ibu..haaaa tu ibu suka.. i lap u la mia

6. haaaaa ni yang tak larat ni..dia dah pandai mengada sikit.. buat buat nangis tapi mata tak berair pun. sapa ajar ni..?? ;p

7. dia suke berjalan..haaaa ikut sapa ni?

8. dia dah pandai main toys..meme patutla kan umur-umur macam ni

9. dia dah pandai tu pusing pusing..sampai ibu dia pun dia bole tolak sampai ketepi katil tau..sakitt



10. dia dah pandai main air..and suke..tak pakai baju..ish ish ishh ni takleh ye sayang.. mia ni girl..malu malu sikit..baru jadik perempuan melayu terakhir


Friday, November 4, 2011

habisla KPI aku teruk tahun ni....haihhh

Tuhan je yang tau macam mana rasa pedih mencucuk cucuk dalam perut ni setiap kali terasa.. dah banyak kali dah doktor nasihat buat operation balik tapi sebab aku pikir cik Mia tu kecik lagi..masih lagi breastfeed so tak sedap rasanya nak biakan dia terpinga pinga cari ibu dia. Time time ni la boleh tengok cik Mia kita membesar dengan gumbiranya.. setiap saat setiap detik time time ni dia akan pandai satu perkara dengan cepat.. dari tak pandai bercakap, sekarang dah pandai cakap ( tapi ibu tak tahu apa yang Mia cakap..ibu anggukkan aje kepala nak oi..hehehe) dari tak reti bergerak, sekarang dah pandai golek golek, baru semalam ibu nampak Mia merangkak ke depan.. haritu masa ibu tengah siap nak pegi keje..Mia dah pandai reverse hehehe.. sekarang dah pandai pilih orang dah ek.. dah gang dah dengan atuk ( sebelah aku) atuk baso kete, Mia borak borak..


Masa memula Mia dah pandai kenal orang.. aku susah hati gak, dengan si Pechal pun dia macam taknak.. time dia taknak tu la aku pujuk dia cakap " Mia..tu babah Mia la.. nanti kalau ibu takde, babah yang jaga Mia tau..." tengok dia asyik nak duduk bawah ketiak aku je.. aduyai.. macam mana nak buat operation balik ni.. tapi tu dulu...Mia dah ok dah dengan babah dia.. :) Takdelah kritikal sangat sakit aku ni.. just tempat yang adanya fibroid dulu tu sakit..sebab bekas tempat fibroid tu sekarang melekat kat dinding perut aku..so pedihh la sangat kekadang tu.. ade sekali tu aku jadi macam 'kejang' jap sebab kalo gerak ke kiri sakit, gerak ke kanan sakit, yang tak sakit kalau gerak bijik mata je ni ha hehehe..berair gakla mata menahan sakit..








Haritu masa dukung Mia kat Brinchang nak berjalan ke parking dari tempat makan adela dalam 100meter jauhnye tempat makan dengan tempat parking( pasar Brinchang).. dahler sejuk, angkat cik Mia lagi.. rasa pedihhh sangat.. tau jela kan Cameron Highland tu mana ada tempat landai..sumenye bebukit..tapi sebab nak tunjuk tere kat Pechal, aku tahan aje, tapi serius weh..bole tahan mengah gak aku jalan tu, Mia bukan ringan ok..cik Mia makin hari makin membesar dengan jayanya.. last berat dia adalah 6.6kg, cik Mia ni pun bukan boleh duduk diam dah sekarang, dia dah jadi super aktif..ade kekadang ( bukan kekadang..tapi selalu) kalau dia tersepak tempat sakit tu..mau berair gak mata ni...


Minggu ni minggu hampeh aku.. keje 2 hari je minggu ni selebihnye aku 'warded' kat rumah sebab demam+sakit kat tempat fibroid tu+ ehem+ ehem.. dahler asyik ujan je..duduk dalam selimut.. macam kat Cameron Highland plak rasanya. Nak ziarah Saerah kat hospital pun tak dapat..sebab aku sendiri pun tak larat, sapakah Saerah.. makcik tu adelah kawan opismate yang rapat dengan aku..


Oklah aku dah ngantuk ni..nanti aku sambung, ( as usual..aku suka buat cerita tergantung...daa)